11 December 2022

"DULU LEBIH SEIRAS WAKTU DIA MASA KURUS" - ISTERI 'KEMBAR' SHUIB DEDAH SUAMI PUN 'PAK LAWAK'



"Saya memang terkejut sebab sebelum ini keluarga dan kawan-kawan sahaja yang cakap wajah suami macam Shuib tapi kami anggap ia gurauan dan tak sangka pula foto suami viral. Malah rakan-rakan dan keluarga saya sendiri kerap mengusiknya dengan memanggilnya 'Shuib'.


"Tak pernah terfikir pula Shuib yang sebenar nak berjumpa dengannya," demikian kata isteri kepada Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim yang mendedahkan suaminya itu sebelum ini memang sering menjadi bahan usikan keluarga dan rakan-rakan terdekat ekoran wajahnya mirip dengan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib.

Isteri Muhammad Khairul, Norliyana Abdul Rahman, 35, berkata, disebabkan wajah mereka seiras, ada juga memanggil suaminya dengan nama 'Shuib' namun tidak pernah menyangka foto suaminya tular sehingga menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, Shuib berkongsi foto Muhammad Khairul yang juga anggota Malaysia Battalion (MALBAT) 850-9 itu berpakaian seragam ketika acara perbarisan di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Malah pelawak itu turut meminta bantuan pengguna laman sosial untuk menjejaki lelaki berkenaan kerana ingin bertemu sendiri dengan 'kembarnya'. Tambah Norliyana yang dikurniakan tiga cahaya mata ini, wajah suaminya yang dulu iaitu sewaktu kurus lebih mirip dengan Shuib berbanding sekarang.

Dalam pada itu, Norliyana juga mendedahkan suaminya dan Shuib mempunyai persamaan lain apabila mereka sama-sama merupakan seorang yang kelakar. Tetapi kata Norliyana, sifat humor suaminya tidak setanding dengan Shuib yang lebih kelakar.

"Gambar lama-lama dulu lebih seiras sebenarnya sebab waktu itu dia masih kurus. Sekarang dah kurang sebab suami dah berisi sikit. Suami saya pun kelakar orangnya, tapi tak la sama 'level' dengan Shuib tetapi dia memang lucu orangnya," ujarnya.

Mengulas mengenai hasrat Shuib yang ingin bertemu dengan Muhammad Khairul, Norliyana berkata, perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak majikan suaminya sebelum memberi persetujuan.

Pun begitu, isteri Muhammad Khairul ini berkata, mereka ada menerima panggilan daripada produser Suria FM yang mencadangkan tarikh dan masa untuk bertemu Shuib di konti.

"Sekarang ini saya hanya tunggu masa serta ruang kalau ada kesempatan untuk suami dan Shuib bertemu memandangkan kami sekeluarga bercadang bercuti di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Apa-apa pun kena tunggu persetujuan daripada pihak majikan suami sebelum boleh buat sebarang keputusan," jelasnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: