11 December 2022

SEMINGGU TAHAN SAKIT - ERRY PUTRA SANGKA GASTRIK TAPI RUPANYA APENDIKS SUDAH PECAH & BERNANAH



Pelakon Erry Putra memaklumkan dia telah selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada Jumaat, selepas seminggu menahan derita sakit pada bahagian perut.


Erry berkata, dia pada awalnya menyangka mengalami gastrik namun pemeriksaan di klinik mendedahkan punca sakit perut dialaminya. Malah kata Erry, dia juga pitam di klinik tersebut sebelum memandu sendiri ke hopsital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Saya fikirkan sakit perut disebabkan gastrik tetapi beberapa hari lalu saya mula rasa pelik apabila membuang air besar. Bau najis pun tidak sama macam biasa... selepas pergi ke klinik doktor beritahu itu adalah simptom apendiks dan minta saya segera ke hospital.

Klik untuk gambar besar



"Bagaimanapun keadaan saya ketika itu sangat lemah dan pitam di klinik tersebut sebelum diberikan ubat tahan sakit dan saya memandu sendiri ke hospital," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Cerita Erry lagi, dia bertambah panik apabila pemeriksaan di hospital mendapati apendiksnya sudah pecah dan doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan.

"Apabila doktor periksa, apendiks saya rupa-rupanya sudah pecah dan mereka terus buat pembedahan. Kebetulan saya pula tak makan sejak tengah malam hari sebelumnya, jadi boleh terus buat pembedahan," katanya.



Dalam pada itu, Erry yang masih berada di wad itu memberitahu dia terpaksa ditahan selama beberapa hari lagi ekoran terdapat nanah pada bahagian perut akibat apendiks yang pecah.

Kata Erry atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Hamzah Ahmad, 44, keadaannya masih perlu pemantauan doktor, malah buat masa ini dia tidak dibenarkan mengambil sebarang bentuk makanan.

"Pagi ini (Sabtu) saya masih belum dibenarkan makan, hanya minum air dan antibiotik sahaja. Mungkin malam nanti baru boleh ambil makanan lembut seperti bubur.

"Doktor beritahu ada nanah pada bahagian perut berpunca apendiks yang pecah dan sebab itu ada tiga kesan luka pembedahan selain perlu duduk di wad lebih lama untuk pemantauan," ujarnya.

Sementara itu, Erry turut meluahkan rasa terkilan kerana terpaksa membatalkan jemputan menghadiri sebuah acara yang dijadualkan berlangsung sehingga Ahad.

"Dalam keadaan sakit ini pun otak saya masih fikir nak pergi acara tersebut... kalau boleh saya nak lari sekejap sebab sudah berjanji dengan penganjur. Semalam sebelum pembedahan pun saya ada minta tangguh tapi doktor beritahu ini kes kecemasan dan perlu dibedah dengan segera," tuturnya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: