11 December 2022

DAKWAAN SUDAH BERCERAI - ADIRA SUHAIMI JAWAB FITNAH DENGAN TAYANG GAMBAR SUAMI SEDANG MINUM PETANG



"Akaun palsu, jangan tertipu, tak payah follow. Mungkin dia nak followers sahaja itu. Alhamdulillah saya masih lagi dengan suami, masih sayang lagi," jelas penyanyi Adira Suhaimi yang menyangkal dakwaan sudah bergelar ibu tunggal selepas tular sebuah video mengatakan dia sudah bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu.


Kata Adira, 31, dia masih bergelar isteri kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dan rumah tangga mereka bahagia. Susulan itu, Adira meminta peminat agar tidak tertipu dengan fitnah dibuat oleh akaun TikTok berkenaan yang cuba meraih pengikut dengan mengambil kesempatan atas namanya.

Perkara itu dikongsikan Adira menerusi Instastory miliknya selepas diserang peminat yang mahukan penjelasan daripada khabar angin terbabit. Enggan memanjangkan isu berkenaan, Adira turut berkongsi dia kini sedang duduk semeja dengan suaminya sambil menikmati minum petang.

Dalam pada itu, Adira sekali lagi menegaskan bahawa akaun TikTok tersebut bukan miliknya sekali gus berharap peminatnya mendoakan kebahagian dia bersama suami.

Klik untuk gambar besar



"Kalau korang nampak fyp dekat TikTok ini, ia bukan milik saya. Itu akaun palsu saya tak tahu siapa punya. Jadi jangan follow dan percaya. Doakan baik-baik untuk saya dan suami," kongsinya lagi.

Menerusi laman sosial Adira, penyanyi itu sememangnya dilihat sudah lama tidak berkongsi gambar dia bersama suaminya yang berkemungkinan menjadi punca tercetusnya khabar angin tersebut.

Untuk makluman, Adira telah mendirikan perkahwinan dengan ahli perniagaan itu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Sepanjang tujuh tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4 dan Anggun, 3 tahun manakala Ayub baru sahaja dua bulan.






________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: