11 December 2022

"IBU KINI TERPAKSA BERGANTUNG... SAMPAI AKHIRNYA DIA TIDAK KENAL KAMI LAGI" - CHEF WAN



"Dalam kes ibu saya sekarang, dia tak mampu menyuap makanan dia sendiri. Dia hanya merenung pinggan dan tidak buat apa-apa. Itu kerana otaknya yang memberi isyarat untuk memilih sudu dan makan sudah tidak berfungsi lagi.


"Semua urusan peribadi pun perlu bantuan saya dan pembantu. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan walaupun nak ikat kain sendiri. Ibu saya kini berada di peringkat ini. Dia terpaksa bergantung dengan bantuan orang lain.

"Sampai akhirnya dia tidak mengenali kami lagi," itulah tulis cef selebriti Datuk Redzuan Ismail atau lebih didikeali Chef Wan cukup tabah menjaga ibunya yang semakin uzur disebabkan beberapa penyakit termasuk Alzheimer, dimentia dan kanser.

Dalam status tersebut, Chef Wan, 64, memaklumkan keadaan kesihatan ibunya iaitu Noraini Abdullah atau Cik Ani semakin memburuk sejak kebelakangan ini termasuk tidak mampu menyuap makanan sendiri.

Klik untuk gambar besar



Apa yang lebih menyedihkan, Chef Wan yang berkongsi perkembangan ibunya di laman Instagram itu berkata, urusan ke tandas juga perlu dibantu oleh dia dan pembantunya.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan Cik Ani sedang melakukan senaman dengan mengelilingi taman di rumah anaknya sambil dipapah oleh pembantu mereka.

Chef Wan berkata, meskipun senaman ringan menjadi perkara berat buat ibunya namun dia terpaksa tabahkan hati dan memaksa ibunya bersenam untuk kebaikan dirinya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, penghidap penyakit Alzheimer semenangnya terpaksa bergantung dengan orang lain dan mengakui ibunya kini sudah berada pada tahap tersebut.








________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: