10 December 2022

EMPAT ANGGOTA VE UNDUR DIRI, ENGGAN JADI RACUN - ZAF HARAP SEMUA BERLAPANG DADA



Menerusi sidang media baru-baru ini, anggota VE iaitu Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz telah membuat keputusan berundur daripada VE rentetan kontroversi membabitkan nama kumpulan itu.


Adeep berkata, keputusan itu bukan mudah dibuat, namun mereka enggan menjadi racun sekali gus berebut nama kumpulan itu.

"Selepas penggunaan nama VE dipersoalkan bekas anggotanya, lebih baik kami berundur untuk tidak meneruskan kemelut ini. Kita semua sudah besar dan dewasa, malu untuk terus berbalah mengenai nama kumpulan," katanya.

Dalam pada itu, ketua kumpulan yang juga anggota asal VE iaitu Zaf mendakwa apa yang disampaikan anggota VE yang sudah berundur itu dalam sidang media tersebut tidak memberi gambaran penuh semua perkara yang berlaku.

Klik untuk gambar besar



Zaf atau nama sebenarnya Zafri Nazaruddin dalam satu kenyataan berkata, sesetengah kenyataan mereka itu juga berunsur tohmahan terhadapnya dan menjatuhkan maruah, reputasi peribadi dan profesionalisme dirinya.

"Dalam kenyataan sebelum ini, saya hanya minta mereka untuk maju dalam industri muzik sebagai sebuah kumpulan dengan nama baharu. Seperti diberitahu dalam laman sosial saya tempoh hari, selama 11 minggu saya mengikuti persembahan mereka.

"Apa yang saya nampak, mereka mengetengahkan konsep, cara persembahan, idea dan cara nyanyian mereka tersendiri maka sesuailah mereka mengorak langkah sebagai kumpulan baharu. Ia bukan berkaitan cerita layak atau tidak.

"VE adalah VE, biarlah VE kekal dengan cara dan konsep yang terbina sejak 25 tahun dulu. Mereka adalah sebuah kumpulan yang boleh menjadi lebih gemilang di persada seni dengan cara sendiri," katanya.

Disamping itu, Zaf turut mengucapkan terima kasih buat empat rakannya itu kerana bersama-sama dengan VE bermula pada 2020 hingga 5 Disember lalu.

Sejurus tamat menyertai Gegar Vaganza 9 (GV9), baru-baru ini, Zaf juga mahu melihat mereka berempat mampu maju sebagai sebuah kumpulan baharu dalam industri muzik.

Pada masa sama, Zaf berharap kisah mereka tidak meleret-leret dan terus berbalas kenyataan yang akhirnya hanya memalukan dan merugikan mereka semua.

"Semoga kita semua berlapang dada dan terus maju demi kerjaya masing-masing," katanya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: