10 December 2022

TABUNG KECEMASAN AKAN DITUTUP ISNIN INI - NAD ZAINAL MASIH DALAM PEMULIHAN DI ICU



"Perkembangan tentang Nad Zainal kini, dia masih di ICU, masih dalam pemulihan. Alhamdulillah. Ramai yang kenal semangat Nad yang kuat, moga bersama-sama dia kuat dan terus mendoakan dia," demikianlah kata pelakon Ungku Ismail Aziz yang berkongsi keadaan terkini pelakon Nad Zainal di Instagram Story.


Dalam hantaran tersebut, Ungku Ismail turut mengajak mereka yang mengenali Nad untuk terus kuat bersamanya, selain memohon agar semua pihak terus berdoa supaya aktres itu diberikan kesembuhan.

"Jangan lupa untuk sentiasa titipkan doa agar dia kembali sembuh dengan paru paru yang sihat seperti sedia kala. Moga Allah lenyapkan segala penyakit dan kesakitan yang ada pada dia. Moga paru-parunya baik, pulih dari segala akibat penyakit itu," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Ungku Ismail seterusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menyalurkan sumbangan untuk membiayai kos perubatan dan rawatan Nad.

"Juga, terima kasih kepada semua yang sudah menyumbang untuk rawatan perubatan dan rawatan Nad. Sebahagian sudah pun disalurkan kepada urusan pembayaran, sementara menanti jumlah selanjutnya.

"Tabung kecemasan ini akan ditutup pada Isnin ini. Moga Allah ampunkan dosa kamu semua, dan dikurniakan rezeki melimpah-ruah dan dikabulkan hajat hajat tuan puan," jelasnya.



________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: