10 December 2022

BAPA NOKI K-CLIQUE KEMBALI KE RAHMATULLAH - TERKILAN TAK DAPAT BERTEMU BUAT KALI TERAKHIR



"Bismillah ya Allah, Tempatkan lah bapaku dengan orang-orang yang beriman dan masukkan lah bapaku di syurga pertama mu ya Allah, Amin ya Allah Amin 🤲🏼. Al-Fatihah untuk bapaku yang tercinta ❤️," tulis penyanyi Noki K-Clique yang memaklumkan bapanya iaitu Aji Lee Ahsam, 66, telah meninggal dunia.


Difahamkan, bapa Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 28, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Sipitang, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.

Jelas Noki, dia dalam keadaan tidak percaya apabila mendapat panggilan telefon daripada abang sulungnya memaklumkan pemergian bapa tersayang selepas waktu Maghrib semalam.

Ini kerana katanya, Allahyarham bapanya tidak mengalami sebarang penyakit kritikal melainkan masalah saraf yang dideritainya sejak muda.

Klik untuk gambar besar



"Ketika abang sulung telefon beritahu ayah sudah tiada, saya berada di gim ketika itu. Bayangkan dapat khabar mengejut secara tiba-tiba, memang saya tak boleh nak percaya.

"Kemudian kami buat panggilan video dan melihat wajah ayah yang sudah tidak bernyawa... saya lihat mukanya tenang. Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini. Inilah kali pertama saya merasai kehilangan orang terdekat.

"Sejak umur 30-an lagi ayah sudah berjalan menggunakan tongkat akibat sakit saraf. Dia juga sudah terlantar sejak beberapa tahun lalu namun tidak pernah pula ada sakit lain seperti jantung atau masalah buah pinggang," ujarnya.



"Saya hanya dapat tike balik ke Kota Kinabalu awal pagi tadi. Saya terus ke kawasan tanah perkuburan untuk urusan pengebumian jenazah," katanya.

Noki yang berada di Kuala Lumpur ketika menerima khabar duka itu pulang ke kampung halamannya pada awal pagi Sabtu. Dia ketika dihubungi sedang dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian arwah bapanya.

Bercakap lanjut mengenai bapanya, Noki memberitahu kali terakhir mereka bertemu adalah pada sambutan hari raya lalu dan kali terakhir berbual menerusi telefon seminggu lepas.

"Kali terakhir saya bercakap dengan ayah adalah minggu lepas. Jadi memang rasa amat sedih kerana tidak dapat berjumpa di saat-saat akhir hayatnya," tuturnya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: