"Mengenai aku dan isteri, dah memang tak ada apa-apa. Kalau korang tak percaya pun, kita bercerai dengan cara baik. Dari awal kita memang dah ada banyak problem dah.
"Aku hanya nak jelaskan kepada korang, kepada netizen-netizen please la korang jangan... ini perceraian aku dengan isteri aku tak ada kena mengena dengan Tom.
"Korang jangan terbabitkan dia... dia perempuan, ada perasaan, dia manusia. Jadi korang agak-agak la. Dah memang aku dengan bekas isteri aku dah tak ada jodoh," jelas bekas peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Fuad Rahman.
Menerusi video yang dimuat naik semula di laman miliknya, Fuad menegaskan hubungan dengan isteri sudah lama bermasalah dan kekasihnya bukanlah punca rumah tangga mereka retak. Dalam masa sama, Fuad juga memohon netizen agar berhenti menyalahkan teman wanitanya yang juga bekas peserta GV9 itu.
Klik untuk gambar besar
Menurut Fuad lagi, Tom adalah individu yang menjaganya sepanjang dia berada di GV9 dan berharap semua peminat tidak menyebarkan sesuatu yang tidak sahih di laman sosial.
"Kalau korang berada dalam keadaan sama, mesti korang akan fikir yang sama juga la. All this while, aku dekat sini yang jaga aku, aku dah jumpa Tom balik, jadi yang jaga aku dia.
"Sepanjang ini, dia jaga aku... makan minum aku. Aku merantau di negeri orang ini dalam keadaan seorang untuk mencari rezeki. Tak kira la peminat dari Singapura atau Malaysia ke Brunei, aku hargai korang minat aku.
"Tapi nak ingatkan, korang jangan la letak dekat IG ke mana-mana ke, benda-benda tidak sahih la. Aku dengan Tom tetap ada batas, tak salah pun dia jadi girlfriend aku... tak salah kan.
"Keluarga kami berdua pun kenal satu sama lain. Bagi aku, tak ada masalah orang terdekat saja tahu. Orang luar tak tahu ni, aku nak beritahu," jelas Fuad.
Sementara itu, Fuad turut memohon maaf sekiranya caranya memberi penjelasan terhadap isu yang berlaku menggores hati peminat namun dia hanya ingin mempertahankan maruah cinta hatinya.
"Minta maaf la sekiranya cara aku berbual ini, buat korang rasa kecil hati ke apa... aku minta maaf sangat. Aku tak berniat apa-apa tapi aku nak mempertahankan maruah girlfriend, Tom.
"Nak jaga maruah dia, korang please respect her. Kalau korang sayang aku, please respect her. Aku tak paksa korang minat aku. Aku dan dia, aku tahu kita tak buat apa-apa dosa atau benda merepek," ujarnya.
Ketika rakaman, Fuad turut mendedahkan, dia membuat panggilan video bersama isteri itu sebenarnya dalam keadaan rumah tangganya sudah lama bermasalah.
"Yang video call semua, waktu itu dah bergegar dah. Cuma kita hanya tak mahu macam kecoh benda itu... tak baik la. Isteri aku dah tak nak jumpa, what can I do.
"Kita tetap kawan dengan dia, tapi tak rapat... hanya hi bye. Kita pun sekarang sedang menjalani proses perceraian, nak naik Singapura untuk bulan untuk uruskan," katanya.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment