10 December 2022

ROYALTI 'ADUH MALAYSIA' - ALTIMET SERAH KEPADA WARIS P RAMLEE



"Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ini (Aduh Malaysia) pada waris Allahyarham P Ramlee. Tahun 2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya terima hasil harta intelek dia.


"Hak ini lupus 50 tahun selepas pencipta meninggal dunia. Lagi ramai orang menyanyi lagu Allahyarham, lebih banyak mereka (waris) akan dapat,” itulah ujar penyanyi Altimet menerusi Twitter miliknya baru-baru ini.

Pasti ramai tahu lagu nyanyian Altimet iaitu 'Aduh Malaysia' yang trending ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ianya digubah berdasarkan karya Allahyarham P Ramlee, Hoi Hoi Ya Hoi.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter menggesa Altimet menuntut royalti daripada sebuah parti ia susulan parti berkenaan menyanyikan lagu 'Aduh Malaysia' bagi meraikan kemenangan calon.

Klik untuk gambar besar



Altimet dilihat membalas ciapan pengguna laman sosial itu dengan mengatakan dia sememangnya tidak mahu mengambil walau satu sen pun royalti lagu tersebut dan akan diserahkan kepada waris Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Jelas Altimet lagi, lebih ramai yang menggunakan ataupun mendendangkan lagu tersebut, lebih banyak royalti yang akan diperoleh oleh waris di masa hadapan.

Perkongsian Altimet ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang memuji tindakan penyanyi tersebut yang membantu waris seniman negara itu dengan cara yang bijak serta mendoakan agar dimurahkan rezeki. 


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: