22 December 2022

HAMPIR SETAHUN BERGELAR IBU TUNGGAL - ANITA BAHAROM KINI SAH ISTERI DUDA LAPAN ANAK, ENGKU ISYAMUDDIN



Tahniah diucapkan kepada pelakon Anita Baharom, 39, yang kini telah selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dengan sekali lafaz lafaz, kira-kira jam 11.50 pagi tadi, selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal.


Pasangan mempelai ini dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Muhammad Hakimi Mustapa.

Dalam majlis yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City Subang Jaya dengan dihadiri lebih 100 tetamu itu menyaksikan pengantin perempuan menerima tiga keping dinar emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Sebelum itu, majlis dimulakan dengan acara khatam al-Quran oleh pengantin lelaki. Sementara itu, Anita melahirkan rasa kesyukuran atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Anita yang mengenali suaminya sejak 2017, tetapi hanya kembali berhubung selepas tempoh edah tamat pada Mei lalu itu berharap perkahwinan keduanya ini akan berkekalan hingga akhir hayat.

"Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar seperti dirancang sebelum ini, saya bersyukur sangat kerana diberikan peluang sekali lagi untuk bergelar isteri.

"Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini. Tidak ketinggalan ahli keluarga yang membantu dalam memastikan kelancaran majlis hari ini," tuturnya,

"Saya harap sangat dengan perkahwinan kali kedua ini dapat berikan kebahagiaan bukan saja untuk saya tapi untuk anak-anak kerana mereka juga memerlukan kasih sayang seorang bapa," tuturnya..



Pasangan ini yang mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada November lalu selepas kembali berhubung itu akan diraikan dalam majlis resepsi pada hari yang sama selepas akad nikah bertempat di dewan yang sama pada sebelah malam.

Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan kedua buat Anita selepas kematian suaminya, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail yang meninggal dunia ketika tidur pada 1 Januari lalu.

Menerusi perkahwinan bersama Allahyarham Mohd Ismadi, Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8.

Manakala bagi Engku Isyamuddin pula, ini adalah perkahwinan kali kelima buatnya, selepas bergelar bapa tunggal kepada lapan cahaya mata.







________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: