22 December 2022

"SELEPAS 11 TAHUN ALLAH HADIAHKAN LAGI ZURIAT..." - OKTOVIA MANROSE SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA, PEREMPUAN



"Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami 🫢🏼πŸ₯Ή. Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam.


"Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. 😍. Alhamdulillah kami dah ada sepasang ❤️.

"Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah. Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.

Klik untuk gambar besar



"To my love, @khairulefsan Thank you for being my partner, And a father to my daughter. You are special to me everyday. You are my strength. May we always walk on the same route of life holding the hand! Aamiin 🀲🏼πŸ₯Ή.

"I will always love you with all my heart ❤️ Happy 1st year of our relation! 😘," demikianlah tulis pelakon Oktovia Manrose yang memaklumkan dia telah pun selamat bersalin cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi perempuan pada 6 Disember lalu kira-kita jam 8.40 malam.



Berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Rabu, Oktovia di dalam hantaran yang sama turut meluahkan syukur dan gembira apabila sekali lagi diberi peluang melahirkan zuriat selepas 11 tahun.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor itu juga ada menitipkan doa yang terbaik selain memberikan dedikasi buat suami tersayang, bekas pemain bola sepak iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa. Pasangan ini bernikah pada 21 Disember 2021.

Untuk makluman, Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.






________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: