22 December 2022

BILA ZARINA ANJOULIE DIHADIAHKAN KEKASIH SEBUAH RUMAH DI KAWASAN ELIT



Nama pelakon Zarina Anjoulie sejak kebelakangan ini sering menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.


Baru-baru ini, DS Elzey telah memuat naik satu perkongsian di Insta Story dimana dia membelikan sebuah rumah buat Zarina atau lebih mesra disapa Anju dan anak lelaki pelakon tersebut iaitu Martin Ezra Mikael serta anak perempuan DS Elzey, Julia Sharapova.

Menerusi perkongsian itu, kekasih Zarina ini dilihat menaiki kereta buggy golf di sebuah kawasan perumahan. Apa yang menraik perhatian adalah kapsyen yang ditulisnya itu. 

"Mama, Papa hadiahkan Mama, Martin dan Pova. Syukur Nikmat Allah! Semoga Allah merahmati kita sekeluarga! I love you mama," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, diruangan komen pula, DS Elzey telah memaklumkan dia sudah mengambil kunci rumah berkenaan dan bakal diserahkan kepada Zarina.

"Baru dapat kunci rumah dan Anju dapat hadiah rumah," katanya.

Sebelum ini, Zarina menggesa netizen supaya tidak menganggu kehidupannya bersama kekasihnya serta mengatakan dia juga berhak bahagia. Zarina turut mempersoalkan adakah dia tidak layak untuk rasa bahagia berikutan kisah silam yang berlaku sebelum ini.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: