22 December 2022

PUTERI SARAH: "SEHARI SEBELUM LAHIRKAN SUMAYYAH... PIHAK KETIGA MENGAKU ADA HUBUNGAN DENGAN SUAMI SAYA"



"Ramai salah faham pulak. Ok a day sebelum lahirkan Sumayyah tu is THE DAY, pihak ketiga confessed to me dia ada hubungan dengan suami I. Masa tu I 9 months plus preggy.


"Kenapa? I tak tahu. Takde hati perut namanya tu," itulah tulis pelakon Puteri Sarah menerusi Instagram (IG) Story miliknya baru-baru ini, dimana dia mengetahui mengenai hubungan pihak ketiga dengan suaminya itu sehari sebelum dia melahirkan anak keduanya, Sumayyah.

"All I know it happened A DAY sebelum Sarah lahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia? Orang sekeliling kita sometimes can be very narcistic and manipulative. Choose yor circle wisely. Semoga 2023 dapat bongkar semua. I' totally done hypocrite!," katanya lagi.

Puteri Sarah berkongsi perkara tersebut bagi menjawab mengenai apa yang berlaku sebelum dia melahirkan anak perempuannya berikutan ramai yang salah faham.

Klik untuk gambar besar



Menurut Puteri Sarah, pihak ketiga sendiri yang membuat pengakuan bahawa dia mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan, dimana ketika itu dia sedang sarat hamil 9 bulan.

Perkongsian Puteri Sarah di Insta Story sebelum ini mencetuskan tanda tanya netizen seolah memberitahu mengenai hal rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof.

Terdahulu, Puteri Sarah berharap agar tahun 2023 akan dapat membongkar segala yang telah berlaku sebelum ini. Sarah turut memuat naik mesej diterima daripada individu yang mendakwa suaminya sudah pun bernikah dengan Ira Kazar.


________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: