22 December 2022

BILA SITI NURHALIZA JADI PENYAMPAI RAMALAN CUACA BUAT PEMINAT TERKEJUT: "BACA LAPORAN BERITA PUN MERDUNYA SUARA"



Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza hari ini telah membuat kemunculan sebagai penyampai ramalan cuaca Berita Wilayah yang disiarkan menerusi saluran TV1, sekaligus mengejutkan peminat-peminatnya menonton.


Siti yang mengenakan busana berwarna hitam dengan tudung berwarna kelabu itu kelihatan bersahaja dan tidak gugup ketika menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember 2022.

Kemunculan penyanyi itu adalah kolaborasi bersama Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan cuaca dan kepentingan menjaga diri ketika berlaku bencana alam.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Siti telah berkongsi rasa teruja dan terima kasih kepada pihak MET Malaysia atas kerjasama strategik Cakna Cuaca dan peluang untuknya menyampaikan maklumat ramalan cuaca.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Taruddin, 43, yang turut memuat naik beberapa fotonya bersama warga MET Malaysia itu berharap agar kerjasama itu dapat menggalakkan orang ramai untuk mengikuti perkembangan ramalan cuaca.

"Alhamdulillah, terima kasih MET Malaysia menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember 2022.

"Kolaborasi ini diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikut keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora," tutur Siti.

Difahamkan, Siti muncul di RTM 1 dalam dua sesi iaitu jam 5 petang di Berita Wilayah dan 8 malam tadi di Berita Perdana: "Saksikan saya menyampaikan informasi cuaca di RTM1 untuk siaran berita TV pada jam 5 petang dan 8 malam ini," tulisnya.



Dalam laporan itu, Siti juga memberi pesanan kepada individu yang tinggal di kawasan berisiko untuk sentiasa berjaga-jaga dan segera berpindah sekiranya lokasi mereka dinaiki air dan tidak bersuka ria sewaktu berlakunya air, kerana tiada yang lebih berharga daripada nyawa.

"Bagi mereka yang berada di kawasan berkedudukan rendah dan berisiko, nasihat saya simpanlah barang berharga dan dokumen penting dalam beg yang mudah dibawa. Segera berpindah ke pusat pemindahan sementara mengikut arahan pihak berkuasa," ujarnya.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat terkejut melihat kemunculan Siti dan lebih bersemangat untuk melihat laporan cuaca.

"Terkejut tengok Tokti tadi. Baru sahaja tengok laporan MET Malaysia di TV1. Baca laporan berita pun merdunya suara. Kali ini paling semangat nak layan laporan cuaca. First time rasa tak sabar nak tengok berita," tulis netizen.









________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: