17 December 2022

JALANI FISIOTERAPI SUSULAN JATUH KUDA - ASHRAF MUSLIM KINI MULA BERANSUR PULIH



"Alhamdulillah, sekarang sudah mula beransur pulih. Sakit masih ada, tetapi saya tahan sahaja. Bahu saya bukan patah, cuma pemegang bahu terkoyak atau disebut sendi terpisah. Sekarang saya masih dalam fasa pemulihan untuk merapatkan semula sendi bahu ini.


"Ia juga tidak memerlukan pembedahan, cuma ikut apa yang disarankan doktor menjalani rawatan fisioterapi dalam tempoh rawatan selama antara satu hingga dua bulan ini," demikian jelas pelakon Ashraf Muslim.

Susulan insiden terjatuh ketika menunggang kuda, minggu lalu, Ashraf, 41, berkata, bahunya mengalami kecederaan yang dikenali sebagai 'acromioclavicular joint separation' atau sendi terpisah yang memerlukan antara satu hingga dua bulan untuk sembuh sepenuhnya.

Masih dalam fasa pemulihan, bintang drama '3 Nota Cinta' itu memaklumkan, dia hanya mengikut saranan ditetapkan doktor dan tidak perlu menjalani pembedahan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Ashraf terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan menaiki ambulans selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada kuda yang ditunggangnya selepas menyertai program perlumbaan kuda yang disertai di Penn Endurance Cherating Beach, Terengganu.

Bercerita lanjut mengenai keadaannya ketika itu, kata Ashraf, insiden berkenaan berlaku pada waktu malam dan ia membataskan penglihatannya untuk lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Insiden berlaku pada malam selepas perlumbaan kuda sejauh 40 kilometer yang disertai di Penn Endurance Cherating Beach, Terengganu, minggu lalu.

"Saya jatuh tergolek selepas kuda ditunggang tersadung. Ia menyebabkan saya terbang ke hadapan. Disebabkan itu, bahu saya tercedera, tetapi kuda dalam keadaan baik sahaja.

"Rasa macam mimpi pun ada, malam sebelumnya saya tidur di sebuah hotel di Melaka untuk hadir Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32), tetapi keesokannya tidur di hospital pula," kongsinya.

Dalam pada itu, Ashraf turut menjelaskan, ia adalah kemalangan serius sepanjang berkecimpung dalam aktiviti berkuda, namun tetap positif dengan apa yang berlaku.

"Bagi saya, perkara sebegini normal ketika menjalankan aktiviti berkuda. Sebab kuda pun binatang hidup dan ada masanya perkara seperti ini tidak boleh dijangka," ujar Ashraf yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: