17 December 2022

ALIFF SYUKRI KENA KECAM DEK KONGSI TIPS ISTERI CEPAT HAMIL



Nampaknya nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kembali menjadi bualan selepas memuat naik perkongsian mengundang di media sosial.


Dalam video yang dikongsikan, memaparkan Aliff Syukri memakai maskot Spiderman bersama tuala putih diikat di bahagian pinggang.

Difahamkan, videonya itu bertujuan untuk mempromosikan produk khas lelaki dan wanita keluaran syarikatnya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, bukan penampilannya menjadi perhatian sebaliknya konten video dikongsikan mengenai tips untuk membuat isteri cepat hamil menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang serta mengatakan cerita dalam kelambu tidak elok dikongsikan kepada umum lebih-lebih lagi jika dilihat kanak-kanak bawah umur.

Selain itu, lagu yang digunakan untuk video tersebut juga dipersoalkan netizen yang mengatakan lagu berkenaan mempunyai 'double meaning' dan didakwa lucah serta meminta Aliff memadam video berkenaan. 






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: