16 December 2022

BABAK MESRA BERSAMA ANNA JOBLING - AMAR BAHARIN DIPERSOAL KENAPA TAK ELAK ADEGAN BERSENTUHAN SEPERTI ISTERINYA



Drama 'Terima Kasih Cinta' lakonan Amar Baharin bersama gandingannya, Anna Jobling ketika ini sedang hangat disiarkan di kaca televisyen.


Bagaimanapun, babak mesra dalam drama tersebut telah menimbulkan rasa kurang penonton yang tampil mengecam kedua pelakon itu.

Menerusi satu klip drama berkenaan, memaparkan Amar memegang watak sebagai Dr Harris mengusik isterinya, Wan Raihana lakonan Anna untuk 'bersama'.

Namun, Wan Raihanna yang enggan 'bersama' itu telah bertindak menggigit lengan suaminya sebelum melarikan diri ke tandas.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, ada netizen kurang senang menonton babak tersebut sehingga ada yang tertanya mengapa Amar tidak melakukan perkara sama isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli dimana dia mampu mengelak melakukan babak bersentuhan ketika berlakon.

Dalam pada itu, ada netizen bertanyakan adakah Amyra tidak rasa apa-apa menonton babak mesra suaminya dengan pelakon wanita lain.

Malah, ada netizen berkata boleh sahaja cari hero yang bujang atau belum berkahwin serta mengatakan babak tersebut tidak perlu pun di dalam drama. 







________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: