17 December 2022

JANNA NICK & DINI HABISKAN MASA BERSAMA DI GENTING HIGHLANDS - PEMINAT SEMPAT RAKAM, DOAKAN MEREKA TERUS KEKAL



Pelakon Janna Nick sebelum ini memuat naik pelbagai status di laman Instagram menggambarkan perasaannya ketika ini sehingga ada yang mendakwa hubungan cintanya bersama kekasih, pelakon Dini Schatzmann sudah berakhir.


Namun terkini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, dan Dini, 28, baru-baru ini dilihat menghabiskan masa bersama di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang.

Kelibat pasangan itu dirakam oleh seorang peminat yang kemudiannya memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok. Dalam video berkenaan, Janna kelihatan seperti membuat reviu manakala Dini bertindak merakam aksinya.

Kemunculan rakaman itu membuatkan peminat keliru melihat mereka masih bersama seolah-olah tiada apa berlaku memandangkan sebelum ini aktres berkenaan dilihat patah hati sehingga membawa diri ke luar negara seorang diri bagi mencari ketenangan selain tidak lagi mengikuti Instagram Dini.

Klik untuk gambar besar



Ramai turut mempersoalkan sama ada mereka benar-benar sudah putus atau hanya sekadar marketing apatah lagi Janna baharu sahaja melancarkan single terbaharunya, 'Mentari Setia'.

"Mereka putus betul-betul ke tak? Ke sebab marketing je ni." - "Harap korang kekal. Hehe!," tulis komen-komen netizen.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen turut memuji Janna dan Dini yang mampu bersikap profesional memandangkan aktor itu adalah rakan kongsi aktres berkenaan menerusi produksi milik, Janna Nick Studios.

Kata netizen lagi, sikap ditunjukkan mereka wajar dicontohi kerana meskipun hubungan cinta sudah berakhir ia bukan bererti tidak boleh berkawan atau bekerja bersama.

"Mereka memang dah putus. Tapi Dini kan bekerja dekat syarikat Janna. Macam ni baru professional, dah putus masih boleh bekerjasama, boleh berkawan."

"Tengok cara Janna cakap dia memang dah putus. Tapi Dini rakan partner kerja dalam JN Studios," antara kata-kata netizen.

Bagaimanapun, ramai turut mendoakan agar mereka terus kekal bersama dan melupakan sebarang sengketa yang berlaku sebelum ini.

Terduhulu, Janna menjelaskan dia dan Dini masih lagi berkawan dan bekerjasama membangungkan syarikat produksi mereka.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: