02 December 2022

"NAD TIDAK LAGI MENGGUNAKAN TIUB PERNAFASAN, SUDAH BOLEH BERCAKAP" - UNGKU ISMAIL MINTA HENTI SPEKULASI TIDAK BENAR



"Sudah banyak perubahan dan proses pemulihan sangat baik. Dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan. Doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen cukup.


"Sekarang ini untuk pastikan dia boleh bernafas menggunakan paru-paru seperti keadaan normal. Nad juga sudah boleh bercakap, tetapi suaranya sangat perlahan. Dia sudah boleh memegang telefon tetapi tak boleh menaip kerana masih lemah.

"Keadaannya demam sedikit dan kadang-kala badannya panas," demikianlah kata pelakon Ungku Ismail yang berkongsi perkembangan terkini pelakon Nad Zainal dimana rakannya itu banyak menunjukkan tanda positif dan tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada malam Khamis, Ungku Ismail memberitahu, Nad yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU) itu sudah boleh bercakap namun keadaannya agak lemah.

Dalam masa sama, Ungku Ismail juga berharap orang ramai dapat menghentikan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham tentang keadaan Nad ketika ini.

Klik untuk gambar besar



"Sudah-sudahlah buat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia. Long covid, masalah buah pinggang... semua itu tidak keluar dari mulut doktor.

"Sepanjang saya bersama doktor tidak ada pun dimaklumkan punca sakit ini disebabkan apa yang dia makan. Akan timbul juga spekulasi yang boleh menjatuhkan perniagaan orang. Kita tak mahu perkara ini melarat dan beri ancaman," ujarnya.

Mengulas perkara sama, Ungku Ismail sentiasa mengharapkan doa supaya Nad kembali pulih, selain berharap usaha mengumpul sumbangan bagi membantu Nad seperti yang telah dilakukan sejak beberapa hari lalu tidak menjadi buah mulut orang ramai.

"Sumbangan itu adalah inisiatif saya, rakan-rakan dan peminat. Ada kata-kata kononnya Nad tiada insurans... saya tak pernah katakan begitu. Saya berusaha untuk menjaga nama keluarganya.

"Janganlah susahkan keluarga Nad. Kalau ada keraguan janganlah memberi sumbangan dan jangan cuba 'racun' orang lain sampai tak jadi nak sedekah," jelasnya.

Difahamkan juga, tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu berjaya mengutip sebanyak RM70,000 setakat ini.

Tujuan kutipan dana itu dibuat adalah untuk menampung kos rawatan Nad sejak dia dirawat di ICU sebuah hospital swasta di ibu kota lebih seminggu lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: