02 December 2022

NETIZEN MELUAT BACA LUAHAN PUTUS CINTA - JANNA NICK MOHON MAAF, AKUI TAK CUKUP MATANG & KUAT HADAPI SITUASI



Pelakon dan penyanyi Janna Nick sebelum ini telah mencetuskan tanda tanya netizen mengenai hubungannya dengan kekasih, pelakon Dini Schatzmann selepas mendedahkan dalam satu video mengenai statusnya yang kini single.


Difahamkan, Janna yang kini berada di Itali dikhabarkan membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan. Janna menerusi satu hantaran di laman Instagram juga sering berkongsikan kata-kata hikmah menggambarkan dirinnya seolah kecewa baru putus cinta.

Namun, perkongsian serta luahan Janna itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang seolah sudah meluat. Dalam satu entri, Janna dilihat ada memuat naik komen diterima daripada netizen yang memintanya supaya tidak lagi berkongsi mengenai hubungan yang sudah putus.

Janna dalam muat naik tersebut memohon maaf seandainya perkongsiannya itu menyakitkan mata atau mengguris hati sesetengah pihak. Dalam masa sama, Janna juga mengakui dia belum cukup matang untuk berdepan dengan situasi tersebut serta berjanji akan kembali bangkit.

Klik untuk gambar besar



"Saya minta maaf seandainya posting-posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang. Saya sedar.. Saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situation macam ni. I'm so sorry. But I promise I'll come back stronger," tulisnya.

Dalam pada itu, Janna turut memuat naik rakaman suara nyanyian sebuah lagu dengan lirik yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

"Terima kasih mentari setia, pernah membelai hati yang dahaga. Pernah mendakap jasad yang dahaga. Sedarlah aku sayang tidak selamanya berpanjangan. Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang," luahnya.






________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 NOVEMBER. JOM BOOKING DULU!! Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PayDay yang bermula 12 malam 25 November ini. Anda juga boleh masukkan dalam 'cart' (bakul) dulu pelbagai barangan mahal seperti handphone berharga RM849 yang dijual hanya RM25 sahaja.

Malah lebih banyak diskaun hebat disediakan termasuk hadiah mewah dan voucher berbaloi.

Untuk info, pelanggan baru juga boleh menggunakan voucher SHPFB25 (20 hingga 24 November)  atau SHPFB25 (25 November) bagi barangan percuma atau diskaun besar untuk pembelian pertama. 

Jom masukkan dalam 'cart' (booking) dulu, mana tahu tuah menyebelahi anda?








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: