02 December 2022

"KAHWIN CELAH MANA KAU NI... SIAPA MENIPU, MAK KAU KE ATAU KAU?" - ADAM SHAHZ JELAS TIADA NIAT BUKA AIB, HANYA PERTAHANKAN HAK



"Aku tanya anak aku, mama tahu tak benda ni. Mama merujuk kepada nenek dia. Mama kata jangan cerita family secret dekat orang. Aku telefon ibu Fatin, mak mertua aku, apa benda anak mengadu macam ni, end up mak dia cakap deorang sebenarnya dah kahwin bulan 9 ke bulan 8 hari tu tapi belum buat majlis deorang kahwin senyap-senyap.


"Tiba-tiba dapat tahu baru bertunang, kahwin celah mana kau ni, aku baru tahu. Kebetulan pulak dia memang sijil cerai aku. Bila kau nak kahwin baru, kau perlukan sijil cerai, so kau minta dekat aku sijil cerai, jadi maknanya kau belum kahwin. Aku tak tahu siapa yang menipu, mak kau ke kau ke?

"Dah sebulan lebih dan sepatutnya ada jumpa dengan dia, dia suruh datang ambil. Kali terakhir Ivy cakap 'Tomorrow you must come', tapi rupanya aku dah kena block. Tak tahu kat mana dia sekarang.

"Macam netizen kata kenapa tak tahu alamat rumah. Tahu, tapi for what aku pergi sana kalau mengundang masalah lain. Kalau pergi sana tapi jadi hal dengan polis aku menceroboh property orang lain, jadi panjang cerita dan menyukarkan lagi apa yang aku tengah proses sekarang.

"Aku still nakkan sijil cerai suami pertama kau dulu, aku perlukan. Kalau kau tengok video ni please contact aku kalau kau taknak benda ni semakin parah. Ingat eh, banyak benda eh, jangan aku keluarkan satu persatu," itulah kata pelakon Adam Shahz.

Klik untuk gambar besar



Nampaknya perbalahan antara Adam Shahz dengan bekas isterinya yang pelakon, Fatin Afeefa tiada kesudahan. Baru-baru ini, Adam ada memuat naik video perbualannya dengan anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, anak perempuannya itu membuat pendedahkan mendakwa bekas isterinya tidur bersama teman lelaki.

Menerusi satu kenyataan baru-baru ini, Adam berkata dia ada menelefon ibu Fatin untuk mendapatkan kepastian mengenai pengakuan anaknya itu. Ibu mentuanya mendakwa Fatin sudah berkahwin senyap-senyap.

Dalam pada itu, Adam memberitahu sudah sebulan tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya serta memaklumkan dia telah disekat termasuk di media sosial. Adam turut meminta Fatin supaya menghubunginya jika dia menonton video ini seandainya tidak mahu isu berkenaan semakin berpanjangan.

Adam juga meminta Fatin menghubunginya segera bagi menyelesaikan isu penjagaan anak perempuan mereka. Kata Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, jika permintaannya itu tidak dipenuhi, dia akan membawa kes ini ke mahkamah.

"Saya memang tidak akan berdiam diri kerana apa yang saya lakukan ini semuanya adalah untuk menuntut hak keadilan dan maruah... lagipun selagi pihak sebelah sana mendiamkan diri jadi selagi itu saya akan tetap teruskan lantang di media sosial.

"Saya akan tetap bawa kes ini kepada pihak mahkamah dan biar mereka yang selesaikan lagipun saya tak kisah sekiranya sanggup habiskan duit janji saya dapat tuntut hak penjagaan dan dapat bertemu dengan anak saya.

"Kalau dia saksikan video ini satu je saya nak pesan, tolong jumpa dan hubungi saya... saya tak mahu orang tengah yang selesaikan isu rumah tangga kita, jangan sampai saya buka aib satu persatu tu okay," ujarnya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: