28 December 2022

NOKI JELAS TUJU TIDAK LAGI BERSAMA K-CLIQUE , KELUAR ATAS KEHENDAK SENDIRI



Anggota kumpulan K-Clique, Noki telah memaklumkan Tuju secara rasminya sudah meninggalkan band hip hop itu dan menegaskan pengunduran tersebut adalah kehendak Tuju sendiri.


"Kami sering kali diajukan Tuju mana? kenapa Tuju tidak membuat persembahan bersama-sama, maka secara rasminya saya memaklumkan Tuju sudah tidak bersama K-Clique lagi".

"Betul... Tuju memang sebenarnya sudah keluar dari kumpulan K-Clique. Saya rasa sudah tiga atau empat bulan kalau tidak silap. Bukan kami yang buang sebaliknya kehendak Tuju sendiri. Mungkin dia mahu fokus kepada jenama Tuju Loca dan keluarganya.

"Saya akhirnya membuka mulut kerana setiap kali kami memuat naik video atau gambar, pasti ada peminat yang tertanya-tanya di ruangan komen," kata Noki.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji turut mengulas mengenai single BNKR yang baru saja dilancarkan sekitar awal Disember lalu.

"Berkenaan lagu terbaru yang dilancarkan oleh Tuju dan Loca B itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen. Kami fokus buat diri sendiri dan perjalanan kerjaya kami.

"Bagi saya, lagu itu sebuah karya yang baik dan jika niat mereka untuk memajukan nama mereka dalam industri, maka teruskan kerana kami sentiasa sokong kerjaya mereka.

"Namun, sekiranya niat mereka hendak 'diss' (menyindir) kami dalam lagu, terpulang kepada mereka. Ini kerana kami tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung isu itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka," tuturnya.

Terdahulu, ketiadaan Tuju dalam persembahan pada Konsert Havoc Midnight di Shah Alam yang berlangsung September lalu mengundang pelbagai reaksi sehingga dikatakan wujud perselisihan faham antara mereka. 

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh salah seorang anggotanya iaitu MK yang mengatakan Tuju tidak dapat bersama kerana mempunyai komitmen bersama keluarga. 

Selain Noki, Tuju dan MK, K-Clique turut dibarisi Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.  Kesemua mereka yang popular menerusi lagu 'Mimpi' itu adalah anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah. 


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: