28 December 2022

"YA ALLAH, KAMI BAIK-BAIK SAHAJALAH... SAYA TWEET (CURANG) TU SEBAB GERAM TENGOK DRAMA INDONESIA" - ZIZI KIRANA



Menerusi perkongsian di Twitter baru-baru ini, penyanyi Zizi Kirana telah memuat naik status mengenai individu yang curang serta penipu. Ciapan yang ditulis penyanyi lagu 'Pijak' itu telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang ingin tahu kepada siapakan muat naik itu ditujukan.


Dalam status itu, Zizi menulis 'orang yang curang akan sentiasa curang, si penipu akan sentiasa menipu'. Kata Zizi lagi, golongan tersebut juga sering tertanya-tanya mengapa hidup mereka menjadi teruk.

"Orang yang curang akan selalu berlaku curang, si penipu akan selalu menipu dan mereka akan mempertikaikan mengapa hidup ini begitu teruk," tulisnya.

Enggan status tersebut terus menjadi salah faham, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, tampil menjelaskan ciapan 'curang' itu tiada kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Klik untuk gambar besar



Zizi berkata dia menulis mengenai perkara itu kerana terlalu mengikut emosi selepas menonton sinetron Indonesia berjudul 'Mendua' iaitu adaptasi daripada drama 'Doctor Foster' yang memaparkan kisah kecurangan seorang lelaki.

Jelas Zizi lagi, status dibuat itu tidak ada kena mengena dengan suaminya iaitu pelakon Yusof Bahrin, bahkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

"Ya Allah, kami baik-baik sahajalah. Saya tweet tu sebab geram tengah tengok drama Indonesia, 'Mendua'. Drama tu berkisarkan tentang lelaki curang. Biasalah perempuan kan. Baru episod dua saya dah geram," ujarnya yang dipetik sebagai berkata mStar.



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Eh!' itu turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada media sosial dan membuat andaian sendiri.

"Apa yang saya boleh cakap, jangan percaya 100 peratus dekat media sosial tu. Kita kena pilih apa yang kita nak percaya. Paling penting, jangan cepat buat andaian tanpa usul periksa," katanya.

Untuk makluman, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf Bahrin pada 19 September 2021 selepas berkenalan selama dua bulan ketika mereka terlibat dalam program All Together Now Malaysia (ATNM).



________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: