28 December 2022

"IMEJ SEKSI? MUNGKIN KESILAPAN ITU DARIPADA SAYA" - BELLA ASTILLAH TERIMA TEGURAN DENGAN HATI TERBUKA



Imej penyanyi dan pelakon Bella Astillah dikatakan semakin seksi sejak akhir-akhir ini, sekaligus bertentangan dengan penghijrahan suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.


Bella bagaimanapun dilihat tidak melatah sebaliknya menerima teguran netizen dengan mengakui silap daripada dirinya sendiri serta akan lebih berhati-hati selepas ini.sendiri daripada dirinya sendiri serta akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Imej seksi? Mungkin kesilapan itu daripada saya dan menerima teguran dengan hati terbuka kerana sekali gus membuktikan ramai masih sayang. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Tentang tidak selari dengan penghijrahan suami, saya memang belajar banyak daripada dia. Jika ada syarat sekalipun, itu antara saya dengan dia," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, perubahan suaminya itu juga turut membawa dirinya ke arah kebaikan serta Aliff juga banyak memberi nasihat kepadanya.

"Untuk perubahan Alif, memang saya bersyukur dan sedikit sebanyak memang banyak belajar daripada dia. Dia banyak bagi nasihat untuk banyak perkara dan tidaklah letak sebarang syarat tetapi perubahan dia memang buatkan saya untuk ikut sekali. Semuanya ke arah kebaikan, teruskan berdoa untuk saya," katanya.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: