29 December 2022

"SAYA LANGSUNG TIDAK MERASAKAN SUDAH MENANG" - HIDAYAH ENGGAN ULAS, TIDAK MAHU MENGERUHKAN LAGI KEADAAN



"Tidak... saya langsung tidak merasakan sudah menang. Saya tidak mahu ulas, rasanya berdiam diri jalan terbaik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan," itulah kata balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali berhubung keputusan mahkamah semalam.


Ujar Hidayah, dia tidak menganggap keputusan Mahkamah Sesyen menolak rayuan adik iparnya, pelawak Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadapnya berjumlah RM60,000, sebagai perkara yang harus dibanggakan.

Hidayah ketika dihubungi wartawan berkata, dia lebih gemar mengambil sikap mendiamkan diri bagi tidak mengeruhkan keadaan yang boleh memanjangkan kemelut antaranya dengan keluarga arwah suami.

Untuk info, Ali dan tiga keluarganya telah diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey pada 18 Februari lalu kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan kakak iparnya di laman Instagram, dua tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: