28 December 2022

CALIPH BUSKERS MASIH BELUM DAPAT BAYARAN RM10,000



"Buat masa ini, Caliph Buskers mengambil tindakan memberi ruang dan peluang lagi kepada pihak penganjur terbabit seperti diminta oleh mereka. Kami masih bertolak ansur dan mahu berkompromi (menunggu bayaran).


"Sebenarnya, jumlah bayaran dijanjikan penganjur kepada Caliph Buskers ialah RM10,300, yang mana RM300 itu adalah duit tambang untuk perjalanan kami ke Pulau Pinang. Bagaimanapun, sesen pun tidak dibayar lagi," jelas pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun.

Difahamkan, Caliph Buskers sehingga kini masih belum mendapat bayaran RM10,000 daripada penganjur persembahan di Pulau Pinang yang disertai mereka pada 9 dan 10 Disember lalu.

Fendy berkata, pihak penganjur terbabit meminta Caliph Buskers memberikan mereka masa sehingga hujung bulan ini untuk melunaskan bayaran berkenaan kerana tidak mempunyai kewangan yang cukup.

Ditanya mengenai tindakan undang-undang seperti membuat laporan polis, Fendy memaklumkan Caliph Buskers masih mahu bertoleransi dengan pihak penganjur dan kalau boleh biarlah dapat diselesaikan secara berhemah.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ditanya adakah ini kali pertama mereka berhadapan isu persembahan tidak dibayar, Fendy memberitahu, selama kira-kira lapan tahun Caliph Buskers aktif menyanyi, situasi berlaku itu adalah kali yang ketiga. Katanya, mereka (Caliph Buskers) dah ada pengalaman sebelum ini, tapi terkena lagi.

Sebelum ini, Caliph Buskers yang dianggotai pemuzik cacat penglihatan itu merayu pihak penganjur 'show' (persembahan) agar dapat melunaskan bayaran RM10,000 seperti dijanjikan.

Ia berikutan, ahli Caliph Buskers berserta kru mereka yang terbabit sama pada persembahan itu sangat memerlukan wang berkenaan untuk menyara keluarga kerana pembabitan dalam karier seni adalah punca pendapatan utama mereka.

Terdahulu, kisah luahan rayuan bayaran terhadap penganjur terbabit dikongsikan Caliph Buskers di media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook. Ini kerana, mereka pergi dan balik daripada 'show' itu dengan tangan kosong.

Selain Fendy, Caliph Buskers dianggotai Azmi Saat sebagai vokalis, Zaki Ismail (pemain gitar bass) dan Nirwan Zainalabidin (pemain gitar).


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: