28 December 2022

SELAMAT BERNIKAH LAGI - BEKAS SUAMI ZARINA ANJOULIE, ELIYAS AZHAR PILIH WANITA BERPURDAH



"Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dengan izin-Nya, kami telah dipertemukan dan disatukan dalam ikatan yang sah. Semoga Allah berkati kehidupan kita semua. Kehidupan di dunia hanya sementara, yang kekal hanya akhirat.


"Manfaatkan masa, diri dan harta kita untuk kehidupan akhirat yang abadi. Sebaik-baik hiasan di dunia adalah wanita solehah. Terima kasih menerima diri yang serba kekurangan ini."

Demikianlah tulis bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar apabila dia kini sudah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihanya, Fazirah Nazri minggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Eliyas yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya semalam itu meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih buat isterinya yang menerima segala kekurangan dirinya.

Untuk makluman, Yas pernah berkahwin dengan Zarina atau mesra disapa sebagai Anju pada 20 Julai 2020, namun berpisah kali pertama pada Februari dan bercerai kali kedua pada Mei 2021.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: