05 December 2022

PERSEMBAHAN PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN - AZNIL SEBAK LIHAT ZAMANI MAMPU HIBURKAN PEMINAT DENGAN BADAN TEGAK



Penyanyi Zamani yang sudah hampir sebulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada November lalu itu tampil membuat persembahan pertama pada malam Ahad.


Menerusi perkongsian isterinya iaitu Nur Juliana Abd Rani di laman Instagram, memperlihatkan postur badan Zamani dilihat kembali menegak dan bergerak aktif di atas pentas sambil melayani peminat sambil sedang menyanyikan lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta'.

Nur Juliana memberitahu suaminya itu sudah kembali aktif selain turut berterima kasih kepada peminat yang hadir memeriahkan suasana majlis tersebut.

"Persembahan pertama selepas menjalani pembedahan tulang belakang. Terima kasih kepada CEO dan warga kerja DATUM kerana menjemput serta pengunjung-pengunjung yang hadir. Terima kasih kerana sudi hadir malam tadi," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, pengacara Datuk Aznil Nawawi selaku individu yang banyak membantu mengumpul dana pembedahan Zamani turut meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penyanyi berusia 51 tahun itu kembali sihat.

Kata Aznil, dia menitiskan air mata menonton persembahan Zamani bukan kerana sedih tetapi gembira melihat bekas vokalis kumpulan Slam itu sudah mampu menghiburkan peminat kurang daripada sebulan selepas pembedahan.

"Allahuakhbar, terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani kepada dahulu. Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas membuat persembahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan," ujarnya di Instagram.



Dalam pada itu, rata-rata peminat kagum sekali gus gembira melihat perkembangan kesihatan Zamani yang memberangsangkan selain menunjukkan perubahan ketara.

"Syukur... gembira lihat Zamani dah buat persembahan semula. Dah makin sihat dan kuat dah. " - "Tetap tak hampakan peminat walaupun nampak dia penat semoga terus sihat abang Zamani," antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Penyanyi itu melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 7 November lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.










________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: