05 December 2022

KENA TENDANG DENGAN KUDA SENDIRI - ASHRAF MUSLIM ALAMI KECEDERAAN DI BAHU KIRI



"Pertama kena tendang dengan kuda orang lain. Kedua di sadung dengan kuda sendiri. No pain, no ride. Tunggu sebulan lagi, apabila sudah sembuh Insya Allah kita ride semula," itulah tulis pelakon Ashraf Muslim mengenai dirinya yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan menaiki ambulan selepas mengalami kecederaan akibat ditendang kuda pada Ahad lalu.


Menurut Ashraf atau nama penuhnya Muhd Ashraf Muslim, 41, dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri selepas ditendang dan disadung oleh kuda miliknya ketika menyertai sebuah program perlumbaan kuda di Penn Endurance Cherating Beach, Terengganu.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi laman Instagram, memperlihatkan Ashraf memakai anduh pada bahagian bahu selain pergelangan tangan kanannya turut berbalut dan sedang terbaring di dalam ambulan bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu disebabkan insiden itu, dia tidak dapat menghabiskan perlumbaan 40 kilometer bersama kudanya, namun berjanji akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Klik untuk gambar besar



Pelakon itu turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak penganjur atas rawatan segera yang diterima selepas kejadian berlaku.

"Mungkin kali ini tiada peluang untuk saya habiskan 40 kilometer tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan lawan. Doakan saya dan saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan diberikati Allah SWT. Amin.

"Apa-apa pun terima kasih kepada yang membantu dan Alhamdulillah pihak perubatan untuk acara kali ini sangat mesra dan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang sungguh cekap dan teliti serta mesra dengan pesakit... terima kasih doktor dan jururawat," tuturnya lagi.



Ashraf yang kini mendapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, berkata, dia bersyukur apabila tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya hanya cedera ringan di bahu kiri dan kanannya.

"Terima kasih kepada yang mendoakan saya. Alhamdulillah kesakitan pada bahagian bahu ada kurang sedikit. Sekarang saya di PPUM sebab kemungkinan tisu di bahagian bahu saya koyak.

"Semalam saya sudah dibenarkan pulang ketika menerima rawatan di hospital di Kuala Terengganu. Nasib baik tiada anggota badan yang patah. Biasalah adat bersukan, tak sakit tak perlu bersukan. Kalau tak nak sakit jangan bersukan," katanya.







________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: