05 December 2022

"PERKARA DAH PUN BERLAKU, SAYA MAAFKAN" - NASH ULAS BERITA PALSU SEDANG KRITIKAL



Baru-baru ini, timbul berita palsu mengenai keadaan kesihatan penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Datuk Nashrudin Elias, 63, yang dikatakan kritikal oleh beberapa portal berita.


Nash ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, penyebaran berita palsu ini telah membuatkan ada dalam kalangan adik-beradik, saudara-mara dan sahabat baiknya menghubungi bertanyakan perkara sebenar.

"Memang saya kena sakit pinggang yang amat sangat, tapi tidaklah sampai kritikal. Mereka bertanya betulkah yang saya ini dalam keadaan teruk sangat dan kritikal? Ada yang menangis teresak-esak bila dengar suara saya dalam telefon.

"Apapun saya maafkan mereka yang buat laporan perkara tak betul dan juga mereka yang muat naik kembali gambar saya terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

"Tak apalah perkara dah pun berlaku, saya maafkan. Terima kasih sekali lagi dan saya juga doakan yang baik-baik untuk semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin," katanya menerusi video di Facebook, hari ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran itu, Nash juga merakamkan ucapan terima kasih buat semua sahabat-sahabat dalam Facebook atas doa dan ucapan untuknya.

"Terima kasih kepada seluruh peminat-peminat atau penggemar-penggemar saya di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga sahabat saya di Makkah. Alhamdulillah saya mendapat doa dan nasihat penuh kasih sayang daripada mereka-mereka ini berkenaan kesihatan saya," tuturnya.

Semalam, Nash yang juga penyanyi kumpulan Lefthanded itu meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar kembali pulih.

Nash yang baru pulang dari Sarawak itu terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Dia tiba agak lewat dan sebelah malam akan menghadiri satu lagi jemputan kahwin di Bandar Sungai Long, Kajang.

"Itu yang macam nak cepat-cepat siap. Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambil wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

"Sakitnya Allah saja yang tahu. Seluruh badan saya 'cramp' (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib pula terpaksa guna kerusi," tulisnya sebelum ini.

Menurutnya, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantunya menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

"Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega," ujarnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: