05 December 2022

HANYA TEASER, TIADA NIAT BUAT GIMIK - NABILA RAZALI AKUI BUKAN SENGAJA NYANYI SUMBANG, 'TERLUKA' DENGAN KRITIKAN



"Saya memuat naik foto bersama MK K-Clique sebagai sebahagian daripada 'teaser' mempromosikan lagu ini. Sebenarnya ramai yang keliru antara gimik dan 'teaser'. Bagi saya apa yang dimuat naik dalam Instagram itu hanya 'teaser' untuk lagu 'Aku Terluka' yang juga single ketujuh saya.


"Semua foto itu memang ada dalam video muzik dan tindakan membuang foto lain di Instagram dibuat agar pengikut fokus dan sedar saya akan mempromosi sesuatu produk 'Aku Terluka' yang berentak balada adalah hasil kolaborasi pertama komposer Amylea Azizan dan MFMF.

"Macam saya jelaskan, ia adalah bentuk promosi dan bukan gimik. Apa-apa pun, saya tidak boleh halang sangkaan orang ramai terhadap saya. Saya hanya mahu orang berteka-teki dengan kemunculan lagu baharu saya. Tiada niat untuk buat gimik semata-mata," demikian kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali.

Nabila berkata, berada dalam industri kreatif memerlukan dia sentiasa tampil dengan idea segar dan terbaharu. Untuk itu, seiring dengan perkembangan masa, Nabila berasakan agak kurang menarik sekiranya mereka terus memberi lagu kepada peminat.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nabila turut menjelaskan dia sengaja memilih pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique sekali lagi untuk membintangi video muzik lagunya atas sebab tersendiri selepas pernah berkolaborasi bersama dalam video muzik lagu 'Peluang Kedua'.

Ditanya pula sekiranya peminat terus mengkritiknya gara-gara gimik ini, penyanyi berusia 30 tahun itu tidak mampu menghalang tanggapan orang ramai terhadapnya.

Sementara itu, nyanyian Nabila Razali sekali lagi menerima kritikan netizen selepas persembahan single terbaharunya 'Aku Terluka' ketika pelancaran lagu berkenaan baru-baru ini dikatakan sumbang. Video persembahan itu tersebar luas di media sosial.



Berhubung kritikan itu, Nabila menjelaskan bukan suka-suka menyanyi dalam nada sumbang sehingga dia tidak mendapat belas kasihan netizen yang menghina kredilibitinya sebagai penyanyi.

Kata Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, sebagai penyanyi dia sudah cuba memberikan yang terbaik setiap kali naik ke atas pentas namun terdapat pelbagai faktor menganggu persembahannya.

"Pada hari pelancaran saya tidak cukup rehat dan itu salah satu faktor nyanyian sumbang tetapi saya tidak mahu jadikan ia sebagai alasan. Perkara pun sudah berlaku, orang pun dah post nak buat apa lagi, enjoy sahaja... saya tak salahkan sesiapa tetapi saya sendiri yang bersalah.



"Sebagai penyanyi saya tak akan sengaja menyanyi sumbang tetapi perkara sudah berlaku. Saya hanya boleh move on dan buat lebih baik pada masa depan," jelasnya.

Walaupun ramai menghentam dan meminta dia berhenti menyanyi, Nabila berkata, dia tidak akan berbuat demikian kerana bidang nyanyian adalah cintanya. Kata Nabila, meskipun adakalanya 'terluka' dengan kecaman namun dia hanya mampu memekakkan telinga kerana tidak mahu ia menggangu perjalanan kariernya.

"Saya tolak tepi semua kecaman, kalau saya fikir apa orang cakap nanti saya akan dekat situ sahaja. Menyanyi ini saya minta sejak kecil, jadi kenapa saya perlu nak dengar cakap orang.



"Saya tak marah atau sakit hati tetapi kesal dengan ayat-ayat ditinggalkan seolah-olah mereka ini tiada adik-beradik atau kawan-kawan," ujarnya yang dalam masa sama turut mengakui membaca setiap kritikan ditinggalkan netizen malah turut meluangkan masa membalas sama ada komen baik dan buruk daripada pengikutnya.

Mengulas mengenai permintaan peminat yang mahu dia kembali dengan lagu-lagu berentak rancak, Nabila menjelaskan dia tidak mahu terus menghasilkan lagu berentak sama untuk peminat, kerana katanya sebagai penyanyi dia mahu menjadi seorang yang versatil dan mempelbagaikan genre lagu agar tidak berada di takuk sama.

"Sebagai penyanyi kita kena ada peningkatan, takkan nak nyanyi lagu 'cumi-cumi' sampai umur 50 tahun... nanti peminat kata saya tak ada lagu lain. Sebab itu saya sahut cabaran menyanyikan lagu balada dengan nada tinggi... saya mahu tingkatkan kualiti karier saya, jadi peminat dapat kepelbagaian daripada saya," tuturnya.






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: