05 December 2022

MAJLIS BERTANDANG SYIFA MELVIN, SAFAWI RASID DIPUJI 'SIMPLE' & SEDERHANA



Personaliti media sosial, Syifa Melvin dan pasangan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rasid baru-baru ini telah mengadakan majlis bertandang belah pengantin lelaki di Dungun, Terengganu, Sabtu lalu.


Menerusi video dan foto dikongsikan oleh pengguna laman sosial, pasangan pengantin dilihat segak dan cantik menggayakan busana songket berwarna gelap.

Dalam satu video dikongsikan di aplikasi TikTok, memaparkan Syifa dan Safawi sedang berjalan ke arah pelamin dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di sebuah dewan.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial kagum dengan majlis perkahwinan pasangan itu yang dilihat simple dan tidak berlebih-lebihan jika dibandingkan dengan majlis selebriti yang lain.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji busana yang digayakan pengantin juga dilihat sopan dan sedap mata memandang, selain mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk makluman, Syifa sah bergelar isteri kepada Safawi pada 28 November dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka ibu kota.





________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: