"Demam, check C0V1D... dah cakap dah! Suara sengau tapi makan selera dan ada rasa. Kita perolehi kemenangan yang kedua. Boleh kerja, kan?," ujar penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah yang memaklumkan dia telah dijangkiti C0V1D kali kedua sejak Ahad lalu.
Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera, 48, berkata, dia tergerak hati membuat ujian C0V1D selepas suaranya berubah selain mengalami demam namun tidak teruk seperti sebelumnya.
Menerusi video yang dimuat naik, Shiera dilihat sedang menikmati burger dengan penuh berselera walaupun dijangkiti wabak berkenaan.
Dalam pada itu, Shiera juga turut memohon maaf kepada sesiapa yang turut dijangkiti C0V1D selepas bertemu dengannya memandangkan sebelum ini dia banyak bertemu orang ramai di beberapa acara sejak beberapa hari lalu.
Klik untuk gambar besar
Shiera berharap tiada pihak berasa marah dengannya meskipun sudah cuba mengelak bersalaman atau bergambar dengan peminat namun tidak mahu menghampakan permintaan mereka.
"Awak semua jangan marah saya. Saya sakan berjalan sana sini, show... konsert anak. Saya tak nak salam, awak nak salam. Saya tak nak bergambar, awak nak sebab saya batuk manja. Okay minta maaf sesiapa yang jumpa kita," katanya lagi.
Dalam pada itu, Shiera berharap dia segera sembuh kerana ingin kembali bekerja, selain jadualnya yang padat dengan pelbagai program termasuk tugas di konti Suria FM.
"Kita memperoleh kekalahan yang kedua kali ini. Ini nak masuk dekat MySejahtera ke atau buat dek (tak tahu) jer? Saya perlu sihat pada lusa sebab perlu kerja," jelasnya.
Sehubungan itu, menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut mendoakan agar isteri kepada pelakon Zulkifli Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy itu segera diberikan kesembuhan.
"Semoga cepat sembuh, Allah nak bagi rehat tiga empat hari tu." - "Dugaan kecil sahaja, semoga cepat sembuh. Hari keempat buat pemeriksaan semula. Kalau dah sihat, masuk kerja," antara komen-komen pengguna laman sosial.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment