05 December 2022

AWIE LUAH RASA SYUKUR ALLAH BERIKAN KUDRAT UNTUK BUAT KONSERT



"Balik dari Makkah, Alhamdulillah Tuhan bagi sakit. Sebenarnya adalah penghapusan dosa sedikit. Alhamdulillah. Insya-Allah. Kami percaya itu. Tapi macam manapun Allah bagi kudrat (kekuatan) juga untuk kami selesaikan tugasan yang dijanjikan dari awal.


"Ini yang dapat kami tampilkan," tutur penyanyi kumpulan Wings, Datuk Awie yang memaklumkan dia dan anggota lain iaitu Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie (gitar) kurang sihat sebaik pulang dari mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Menurut Awie, dia sendiri dimasukkan ke hospital selama tiga hari bagi mendapatkan rawatan dan jika diikutkan perasaan, dia sebenarnya mahu makan ubat dan hanya berehat di atas katil.

Klik untuk gambar besar



"Selepas keluar hospital saya terus buat 'soundcheck' untuk konsert di Istana Budaya dan bersama Wings di sini. Memang tiada rehat langsung.

"Tapi itulah Allah bagi kudrat sedikit, dapat saya langsaikan tugas saya dengan sahabat-sahabat saya. Mereka pun sakit tapi dapat melangsaikan apa yang perlu," ujarnya.

Persembahan malam tadi menyaksikan anggota Wings segak berbaju Melayu dan bertanjak. Bagaimanapun pada pertengahan aksi, Awie bertindak menanggalkan tanjak dan turut diikuti Black.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: