03 December 2022

"SYED IS NOT REALLY MY TYPE..." - JARAK USIA 9 TAHUN, HANA ISMAIL RASA RAGU, SOLAT ISTIKHARAH SEMINGGU



"Bagi yang mengenali saya, Syed is not really my type, tetapi Alhamdulillah selepas sesi perkenalan kami, kemudian saya buat solat istikharah selama seminggu, dapat jawapan untuk berkahwin dengannya.


"Umum juga mengetahui perbezaan umur kami agak jauh iaitu sembilan tahun dan perkara itu turut menjadi pertimbangan saya namun Alhamdulillah sampai jodoh kami berdua."

Demikian ujar personalitu TV Hana Ismail yang mendedahkan pendakwah selebriti Da'i Syed tidak memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, malah pernah berasa ragu apabila mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Hana atau nama penuhnya Nurul Hana Ismail, 36, berkata, bagi mendapatkan jawapan, dia melakukan solat istikharah selama seminggu bagi meminta petunjuk daripada Allah SWT dan akhirnya yakin Syed adalah pilihan tepat.

Jelas Hana lagi, perbezaan usia sembilan tahun di antara mereka turut membuatkan dia berhati-hati sebelum membuat keputusan namun bersyukur jodoh di antara mereka kuat dan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, dan Hana selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Syed pula memberitahu, dia kagum dengan keperibadian Hana sehingga membuatnya tertarik dan mahu menyuntingnya sebagai isteri, jarak usia bukan penghalang

"Budi bahasanya sangat tinggi malah dia antara orang yang suka pergi ke majlis ilmu... kesempurnaan dia sedikit sebanyak melengkapkan kekurangan saya. Rasulullah SAW dan isteri baginda juga mempunyai perbezaan usia, jadi itu bukan masalah malah saya jadikan sebagai contoh.

"Pada awalnya saya sendiri tak sangka usianya 36 tahun malah ingatkan dia sebaya sebab wajahnya nampak cantik dan tidak menggambarkan umur sebenar," jelasnya.

Sementara itu, Syed memberitahu dia bakal membawa isterinya itu mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun depan sebagai bulan madu mereka. Tambahnya, selepas selesai ke kota suci Makkah, mereka akan menghabiskan masa di Mesir sambil membawa Hana bertemu bapanya yang menetap di negara tersebut.

"Insya Allah jika tiada halangan kami akan mengerjakan umrah serta berkunjung ke Mesir untuk bertemu dengan bapa saya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami. Saya juga merancang untuk bawa isteri bertemu dengan saudara mara yang lain di Mesir," katanya.

Tambahnya, mereka terlebih dahulu akan berbulan madu di Sabah sambil menemani Hana yang mempunyai urusan kerja di sana. Mengulas mengenai soal anak pula, pasangan ini sepakat meletakkan perkara itu kepada rezeki namun berharap dapat memulakan sebuah keluarga dengan kehadiran cahaya mata.

"Atas perbincangan bersama, jika diizinkan kami mahu anak secepat yang mungkin tetapi pada akhirnya ia terletak kepada rezeki, Insya Allah," tuturnya yang sebelum ini mengejutkan peminat apabila mengikat tali pertunangan dengan Hana pada 28 Oktober lalu di kediaman wanita itu di Johor Bahru.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: