04 December 2022

BUAT LAPORAN POLIS - DATUK DJ DAVE NASIHAT SEMUA PIHAK HATI-HATI DENGAN SCAMMER' MENYAMAR DIRINYA



"Semalam saja saya dah menerima lebih 200 panggilan telefon yang mengatakan hampir terkena dengan taktik 'scammer' ini dan juga mesej-mesej turut diterima. Sebelum ini, saya ada mendengar daripada sahabat-sahabat berkenaan 'scammer' ini tapi tidak sangka terjadi pada saya hari ini.


"Terkejut saya kerana gambar yang digunakan itu sememangnya gambar profil saya," kata penyanyi yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave yang menasihatkan rakan-rakan atau mana-mana pihak supaya tidak terpedaya dengan 'scammer' yang menyamar sebagai dirinya.

Jelas DJ Dave yang sudah membuat laporan polis, ada seorang lelaki menggunakan gambar profil WhatsAppnya bertujuan untuk meminjam wang daripada mangsa-mangsanya. Dalam pada itu, DJ Dave mengharapkan ia tidak berlaku lagi terhadapnya atau tidak berlaku kepada orang lain.

Klik untuk gambar besar



"Ingin saya tegaskan sekali lagi, bahawa saya tidak terbabit dan sekiranya masih ada yang menerima hantaran WhatsApp berkenaan silalah hubungi saya terus atau pengurus saya.

"Anda juga boleh semak di status WhatsApp saya. Tidak cukup itu, petang semalam pula 'scammer' ini sudah godam aplikasi Telegram saya menggunakan nombor saya dari Telegram.

"Dia seterusnya hantar pada semua nombor yang ada di aplikasi itu. Saya minta semua berjaga-jaga dengan taktik ini," ujarnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: