04 December 2022

BERITA NAD ZAINAL MENINGGAL DUNIA PALSU - SHAHRULEZAD LUAH RASA KESAL



Baru-baru ini, satu portal berita yang meletakkan tajuk 'Salam Takziah Buat Nad Zainal. Ini Berita Yang Baru Diterima' (bersama emoji tangisan) menyebabkan orang sekeliling bertanyakan perkara sebenar yang berlaku terhadap pelakon Nad Zainal sejak kelmarin..


Pengarah Shahrulezad Mohameddin menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa kesal dengan tindakan portal tersebut yang meletakkan tajuk dianggap 'bodoh' mengenai situasi Nad Zainal sehingga membuatkan dirinya diganggu pelbagai pihak apabila menerima banyak mesej WhatsApp.

Shahrulezad atau mesra dikenali sebagai Budak Ijat itu berkata, mereka seperti berganding bahu apabila bergilir-gilir memuat naik hantaran melampau sebegini seorang demi seorang. Berita palsu itu berjaya membuatkan ramai orang menjadi tidak keruan.

"Just because of this stupid caption page bodoh bangang macam ni lah tak pasal-pasal dari semalam Abam dapat banyak wassap dari org keliling tanya 'betul ker cik Ijat. Betul ker Nanad dah ****)

Klik untuk gambar besar



"Korang owner owner page bangsat ni memang sejenis tak der hati perut ker? Memang species manusia yg suka menangguk di air keruh atas musibah orang lain? Serius aku doakan satu hari nanti ada dikalangan ahli keluarga korang akan lalui benda yg sama seperti kami kawan-kawan Nanad ni lalui sekarang (jom Aminkan ramai ramai geram pulak aku).

"Masa tu aku harap sangat korang akan ingat apa yg dah korang buat pada Nanad. Di sebabkan benda-benda bangang macam ni lah punca org jadi tak keruan. Kalau satu dua page tak per lah jugak. Ni masalahnya banyakkkkkkk!!! Macam berganding bahu pulak bergilir gilir posting caption gampang macam ni. Lepas aku post kau. Lepas kau dia pulak. Pala bana kau! Memang aku marah.

"So bagi sesiapa yg wassap abam tanya soalan soalan pelik hanya disebabkan triggered terpedaya dengan caption-caption bodoh macam ni. Abam mintak maaf banyak-banyak yer. Abam cuma mampu bluetick jer. Sebab Abam tak larat nak jawab soalan-soalan merepek yg berpunca dari rasa triggered korang bila baca caption bodoh tu," tulisnya.



Tambah pengarah itu lagi, dia tidak larat untuk menjawab soalan yang tidak masuk akal daripada pelbagai pihak. Tegas Shahrulezad, sebarang perkembangan terkini mengenai Nad Zainal akan dikemaskini oleh pelakon Ungku Ismail di Instagram @ungkuismailaziz.

"Apa apa update pasal Nanad sila jengah ke IG story @ungkuismailaziz. Beliau akan update dari masa ke semasa. Kalau kita orang tak update tu maksudnya Nanad dalam keadaan okie.

"Kami cuma akan update benda benda yg kami rasa penting dan perlu saja. Apa yg Abam harapkan sangat sekarang ialah doa doa yg baik-baik saja untuk kesembuhan Nanad," jelasnya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: