04 December 2022

DIKATA 'GILA JANTAN' - ASHIRA TAK MELATAH, SEMPAT BUAT LAWAK BERSAMA TEMAN LELAKI



"Abang E (panggilan Ezuan) ceritanya begini, ada orang cakap saya gila 'menjantan'. Jadi, saya gila atau mereka yang gila?," demikian ujar penyanyi Ashira menerusi satu hantaran video di TikTok dimana dia sempat membuat lawak dengan teman lelakinya dikenali Fairul Ezuan mengenai tuduhan 'gila jantan' oleh sesetengah pihak terhadap dirinya.


Kemudian pertanyaan kepada Ezuan itu dibalas lelaki terbabit yang mengatakan dia yang gila hingga mereka berdua tidak dapat menahan ketawa. Perkongsian Ashira itu mendapat lebih 26,000 tontonan dan 21 komen.

Biarpun dituduh 'gila jantan', namun Ashira dilihat kekal tenang dan tidak mudah melatah dengan gelaran buruk yang diberikan kepadanya itu. Rata-rata peminat terhibur dengan soalan lucu yang diajukan Ashira kepada Ezuan.

"Aduhai romantiknya ayat tu." - "Kenapa dia cakap dia yang gila. Hahaha… kelakar." - "Mereka dengkilah tu. Ashira tetap lawa," antara komen-komen pengikutnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Ashira mendedahkan dirinya sedang bahagia mengenali lelaki bernama Fairul Ezuan. Namun, belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menjelaskan dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini membuatkan dia masih trauma untuk kembali bergelar isteri.

Sebelum ini, Ashira pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Indigo, Bad pada 11 Mac tahun lalu. Bagaimanapun mereka mengumumkan sudah bercerai menerusi hantaran video pada 23 Jun lalu.





________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 NOVEMBER. JOM BOOKING DULU!! Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PayDay yang bermula 12 malam 25 November ini. Anda juga boleh masukkan dalam 'cart' (bakul) dulu pelbagai barangan mahal seperti handphone berharga RM849 yang dijual hanya RM25 sahaja.

Malah lebih banyak diskaun hebat disediakan termasuk hadiah mewah dan voucher berbaloi.

Untuk info, pelanggan baru juga boleh menggunakan voucher SHPFB25 (20 hingga 24 November)  atau SHPFB25 (25 November) bagi barangan percuma atau diskaun besar untuk pembelian pertama. 

Jom masukkan dalam 'cart' (booking) dulu, mana tahu tuah menyebelahi anda?








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: