04 December 2022

DISERANG 'PANIC ATTACK' - PUBLIC HEALTH MALAYSIA PUJI MAYA KARIN BIJAK TANGANI SITUASI DENGAN BAIK



"My hero last night .. such a gentleman, siap kutip my shoes yang tertinggal atas pentas.. @faizalhusseinofficial," demikian tulis pelakon Maya Karin menerusi laman Instagram dimana dia berterima kasih kepada rakan penyampainya yang juga pelakon handalan, Faizal Hussein kerana menjadi penyelamat daripada terjatuh di pentas selepas dirinya diserang 'panic attack' atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).


Situasi itu disaksikan penonton di dewan berkenaan serta penonton di rumah apabila pelakon jelita itu tiba-tiba menggigil dan gagal menyeimbangkan badan ketika membacakan anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik ketika itu.

Pada malam anugerah yang bersiaran secara langsung di Encore Melaka, di sini, malam kelmarin di TV2 itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersungkur.

Maya juga dilihat membuka kasut tumit tingginya dan meneruskan dengan membaca skrip yang disediakan walaupun dalam keadaan menggigil. Rata-rata pengikut bersimpati dengan keadaan kesihatannya dan berterima kasih kepada Faizal yang sentiasa memastikan pelakon kesayangan itu berada dalam keadaan baik.

Klik untuk gambar besar



"Siap 'standby' tangannya di belakang. Mungkin bimbang jika anda pitam atau apa." - "Saya dah boleh agak masa tengok kak Maya menggigil. Serangan panik, semoga selalu kuat ye. Kami semua cintakan anda. Suka betul tengok hero sangat 'gentleman'," antara komen-komen pengikutnya.

Sementara itu, menerusi kenyataan di Facebook, Public Health Malaysia memaklumkan Maya Karin yang mendapat serangan tersebut bijak menangani situasi itu apabila dia mengambil tindakan membuka kasutnya dan bernafas dengan baik adalah satu teknik yang betul.

"Tahniah diucapkan kepada Maya yang berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas kelmarin. Maya Karin yang menjadi penyampai anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dilihat mula mengalami serangan panik sebaik saja berada di pentas.

"Mujur ada 'Roy' (watak Faizal Hussein dalam filem Gila-Gila Remaja) yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik 'grounding' bagi meredakan situasi.



"Kasut dilepaskan adalah salah satu cara untuk 'grounding' selain mengambil nafas dalam. 'Grounding' adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.

"Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada. Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan," katanya.

Menurut Public Health Malaysia lagi, hanya individu yang mengalami serangan panik saja yang memahami situasi yang dihadapinya.

"Jika tidak ditangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam. Anda sudah melakukan apa yang terbaik Maya dan menjayakan tugasan di pentas besar dengan baik," ujarnya.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: