04 December 2022

"AKHIRNYA... ALHAMDULILLAH" - OGY AHMAD DAUD AKUI TERIMA PINANGAN, TAK SABAR MENANTI HARI BAHAGIA



"Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita," itulah tulis pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud yang mendedahkan dia akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan.


Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy mengakui kini hanya menghitung waktu menanti hari disiifatkan penuh bahagia itu.

Menerusi hantaran dalam Facebook, Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Azura' ini turut memuatnaik hantaran sama di Instagram beserta kapsyen yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

"Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata pengikut di laman sosial itu turut mendoakan supaya dipermudahkan setiap apa yang dirancang dan sentiasa beroleh kebahagiaan.

"Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya." - "Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat."

"Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira," kata beberapa pengguna laman sosial.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: