04 December 2022

"SAYA TAHU DIA PUN TAK MAMPU NAK BAYAR" - FIFY AZMI TUTUP KES KEBAS DUIT RM15,000, MAAFKAN BEKAS PEMBANTU PERIBADI



"Saya anggap hal tersebut sudah selesai. Segala laporan yang dibuat sebelum ini juga saya abaikan sahaja. Lebih baik saya lupakan apa yang terjadi. Saya tahu dia pun tak mampu nak bayar. Dia di mana pun saya tidak tahu. Kami langsung tidak berhubung.


"Sekarang ini lebih baik kita move forward. Yang penting urusan saya dipermudahkan," demikian jelas pelakon Fify Azmi yang mengambil keputusan menutup buku berhubung kontroversi bersama bekas pembantu peribadi yang didakwa melarikan wang miliknya.

Kata Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Muhammad Azmi, 32, dia membuat keputusan tersebut kerana sedar sukar bagi bekas pembantunya itu melunaskan wang sebanyak RM15,000 dan memilih memaafkannya atas kesalahan dilakukan.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, ditanya soal hubungan cinta dengan kekasih iaitu pelakon Nafiez Zaidi yang sering menjadi perhatian dalam kalangan peminat, pelakon filem 'Wira' ini berkata dia tidak meletakkan sasaran untuk berumah tangga dalam masa terdekat, Fify juga akui bimbang apabila membaca berita berkaitan masalah perceraian dan isu keganasan terhadap wanita.

"Secara jujur kami memang tidak merancang untuk bernikah dalam masa terdekat. Apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh tidak ke mana. Sekarang ini untuk mendirikan rumah tangga perlu fikir sebaik mungkin dan berhati-hati.

"Membaca kisah semasa tentang kes cerai dan keganasan rumah tangga membuatkan saya jadi takut. Lagipun wanita sekarang ini bukan seperti zaman dahulu yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Rasanya umur 32 tahun masih belum terlambat," ujarnya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: