04 December 2022

SUKAR BERGERAK AKIBAT TERSALAH URAT - DATUK NASH MOHON DOAKAN KEADAANNYA KEMBALI PULIH



Menerusi perkongsian di laman Facebook, penyanyi Datuk Nash, 63, telah berkongsi mengenai keadaannya yang terkini dimana dia sukar bergerak akibat tersalah urat.


Dalam masa sama, Nash turut meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya agar dia kembali pulih. Jelas Nash, dia baru pulang dari Sarawak semalam dan terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di sini.

"Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.

"Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

Klik untuk gambar besar



"Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya 'cramp' (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib terpaksa guna kerusi," tulisnya.

Menurutnya lagi, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantu menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

"Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar, doakan saya cepat sembuh ya. Banyak lagi tugasan yg belum selesai. Amin," katanya.


________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: