06 December 2022

TARIAN PELIK DA'I SYED DI MAJLIS RESEPSI TERIMA KRITIKAN, ADA JUGA 'BACKUP'



Pasangan selebriti, pendakwah bebas Da'i Syed, dan isterinya, pengacara Hana Ismail telah diraikan dalam satu majlis resepsi pada malam Sabtu lalu di Magica Hall, Monterez Club Shah Alam.


Kemeriahan majlis perkahwinan pasangan itu telah dikongsikan oleh Xtra di aplikasi TikTok sehingga tular di media sosial. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan aksi Da'i Syed yang dilihat menari tarian Marawis dipercayai tradisi bagi keturunan Arab.

Menerusi video berkenaan, Da'i Syed sedang menari bersama beberapa orang individu di hadapan pemain muzik sambil ditonton oleh tetamu. Aksi tarian itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai hiburan melekakan.

Klik untuk gambar besar



Meskipun begitu, ada yang tampil mempertahankan pendakwah itu dengan menjelaskan tarian Marawis itu adalah merupakan tradisi bagi keturunan Arab iaitu Syed dan Syarifah.

Kata netizen lagi, jika di Malaysia kebiasaannya persembahan tarian zapin dan jika di Yaman mereka akan persembahkan tarian Marawis.

Untuk makluman, Da'i Syed dan Hana sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.







________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: