Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri iaitu usahawan kosmetik, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli telah memuat naik video menerusi akaun @sweetdaraselangornafie di TikToknya, memaparkan anak gadisnya sedang menyanyikan sebuah lagu bersama ahli keluarga yang lain.
Bagaimanapun, penampilan anak sulung Kak KM menggayakan gaun berwarna putih telah menerima teguran pengguna laman sosial apabila raat-ratanya kurang senang dengan busananya yang mendedahkan bahagian dadanya.
Diruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial turut meluahkan rasa sedih, selain mendakwa penampilan tersebut 'tidak cukup kain' dan ada yang menyamakan anak perempuan itu dengan ibunya dan menggunakan peribahasa 'ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi'.
Klik untuk gambar besar
Meskipun ada yang mengecam, ada juga segelintir pengguna laman sosial memuji bentuk badan anak perempuan Kak KM itu yang sememangnya menjadi idaman ramai gadis-gadis.
Sebelum ini, anak Kak KM pernah menerima kritikan kerana sering dilihat tampil dengan pakaian mencolok mata.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment