06 December 2022

AKUI BERKAWAN RAPAT DENGAN JEJAKA BERDARAH KACUKAN - INI KE WAJAH TEMAN LELAKI SITI SALEHA?



Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, pelakon Siti Saleha telah berkongsi foto bersama seorang jejaka tinggi lampai dan berjambang yang merupakan seorang pereka fesyen dikenali sebagai Joshua Fitton.


Tindakan Siti Saleha berkongsi foto terbabit telah mengundang usikan pengikut dan rakan selebriti apatah lagi pelakon berkenaan sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan sepertinya.

Dilihat hadir bersama pada sebuah majlis, perkongsian tersebut seolah-olah menunaikan janji yang dibuat apabila Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, memberitahu akan mendedahkan wajah lelaki yang berjaya menambat hatinya itu di Instagram apabila sudah bersedia.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian itu turut menerima banyak komen dalam kalangan selebriti yang memuji keserasian mereka berdua. Malah ada turut mengesahkan bahawa jejaka itu adalah buat hati Siti Saleha.

"The cat is out of the bag! (rahsia terbongkar)," komen pelakon dan pengacara Awal Ashaari.

"Akhirnya... kini didedahkan," komen pula pelakon Sara Mack Lubis.



Sebelum ini, Siti Saleha mendedahkan dia sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan namun enggan berkongsi lanjut berhubung perkara tersebut. Sebaliknya, dia hanya akan mendedahkan tentang lelaki tersebut di media sosial miliknya apabila sudah bersedia berbuat demikian.

"Nanti saya kongsi di Instagram, bila saya sedia. Tiada apa yang serius, dia lelaki yang baik. Kami mempunyai persamaan, kita mix... kita orang putih," katanya.

Untuk makluman, pelakon drama '7 Hari Mencintaiku' ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017. Perkahwinan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan sah bercerai pada 17 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: