06 December 2022

MENGALIR AIR MATA PERTAMA KALI MASUK KELAS AGAMA ISLAM - JASMINE SURAYA MAHU CARI PEGANGAN HIDUP



"Saya masih ingat kali pertama hadir ke kelas agama itu saya menangis tetapi selepas itu timbul rasa puas dalam diri... saya rasa senang mengikuti kelas berkenaan kerana tidak rasa dihakimi selain seronok dapat bersama rakan-rakan dan boleh berkongsi apa sahaja.


"Bagi saya, apa sahaja yang kita buat dalam dunia ini, ia sentiasa kembali dengan 99 nama Allah, itu yang membuatkan saya rasa gembira dan selamat. Selain itu, saya juga belajar bahawa dalam agama tidak perlu menghakimi seseorang. Kalau sentiasa dihakimi, itu membuatkan orang takut.

"Banyak lagi keindahan dalam agama yang saya pelajari dan ia suatu perjalanan yang indah. Saya belajar secara berperingkat dan makin menyukainya kerana menjadi pegangan hidup. Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya.

"Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah. Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat.

Klik untuk gambar besar



"Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini. Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan.

"Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara 'zoom meeting'," itulah kata pelakon Jasmine Suraya, 33, yang mendedahkan air matanya tumpah saat kali pertama dijemput menghadiri sebuah kelas agama Islam sekitar Ogos lalu, bagi mencari pegangan hidup yang sebenar.

Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 33, berkata, air matanya mengalir kerana teringat kisah silam selain kehadirannya diterima baik yang tidak menghakimi dia meskipun bukan seorang beragama Islam.

Jasmine yang sebelum ini meraih perhatian ramai apabila terbabit dalam majlis ilmu anjuran Neelofa itu berkata, dia bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut memandangkan isu agama adalah hal yang sensitif.



Menurut Jasmine, antara sebab utama dia enggan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan termasuk mengikuti majlis ilmu kerana enggan orang luar menghakimi atau membuka ruang untuk pihak lain mengkritik.

"Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.

"Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.

"Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.



"Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak," tuturnya.

Dalam pada itu, Jasmine berkata, bagi memahami lebih mendalam tentang agama Islam, dia turut menyertai grup Telegram milik Neelofa selain pengacara dan pelakon itu sering mengundangnya menghadiri beberapa kelas agama yang dianjurkan.

Mengakui masih dalam proses belajar, pelakon drama 'Villa Kristal' ini bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai status sebenar agamanya kerana menyifatkan ia perkara peribadi buat masa ini.

"Saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi. Saya masih lagi dalam proses belajar dan sedang mengikuti kelas agama. Saya pun tak tahu apa yang perlu dikongsikan.



"Bagi saya, apa yang dicari adalah pegangan hidup... dalam hidup ini ada jatuh dan bangun. Semua itu di luar kawalan kita. Jadi kalau ada pegangan hidup, kita akan rasa lebih stabil. Itulah yang saya kejar," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kritikan peminat tentang pemakaiannya yang seksi, Jasmine memberitahu ia berkemungkinan ramai peminat tidak mengetahui dia bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, Jasmine tidak mengambil pusing jika ada mempertikaikan soal pemakaiannya kerana mereka tidak mengetahui latar belakang dirinya.

"Saya mengambil pendekatan natural isu pemakaian, kalau ada pertikaikan, biarkanlah. Tak perlu saya buang masa pertahankan diri," katanya.


________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: