06 December 2022

MENYANYI HANYA SEKADAR PERCUBAAN - ZAMANI AKUI MASIH BEREHAT LAGI SAMPAI KEADAAN BETUL-BETUL PULIH



"Keadaan saya sihat, Alhamdulillah progress pun semakin baik, cuma belum pulih sepenuhnya. Tapi, setakat ini adalah beberapa tawaran menyanyi dah mula dapat. Bagaimanapun, saya tampil menyanyi dalam acara kelmarin sebenarnya sebagai medan percubaan, nak tahu saya dah betul-betul boleh dan bersedia nak menyanyi atau belum?


"Tapi, selepas itu (menyanyi) kesihatan saya kurang baik dan dah cuba dapatkan nasihat daripada doktor. Ada kesan pada badan saya selepas 'show', dan saya ambil keputusan berehat lagi sampai keadaan diri betul-betul pulih," ujar penyanyi Zamani Slam, 51, yang menyifatkan kemunculannya dalam persembahan nyanyian di sebuah acara malam kelmarin, sebagai medan percubaan untuk mengetahui tahap keadaan dirinya. 

Ia berikutan Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swata di Cheras pada 7 November lalu.

Klik untuk gambar besar



Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim memberitahu, selepas dia menjayakan persembahan itu, ternyata ada kesan dialami yang membuatnya mengambil keputusan untuk terus berehat lagi.

Tambahnya lagi, walaupun keadaannya sudah okey, tapi masih kena berehat lagi. Menurut Zamani, cuma tak perlu risau kerana dia hanya belum pulih dalaman sebab cepat rasa penat.

"Apapun, perasaan saya ketika menyanyi pada malam kelmarin, memang gembira. Alhamdulillah, saya dah dapat menyanyi dengan berdiri tegak di hadapan penonton. Apatah lagi, maklum balas diterina juga sangat baik.



"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan kesihatan saya. Jauh di sudut hati, saya sangat menghargai segala jasa baik dan keprihatinan diberikan. Cuma, sekarang saya kena berehat lagi," katanya.

Sebelum ini, pengacara popular tanah air iaitu Datuk Aznil Nawawi berkongsi perasaan gembiranya melihat perkembangan kesihatan Zamani yang semakin pulih seleps melakukan pembedahan membetulkan tulang belakang bengkok, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik Pak Nil di TikTok, Zamani dilihat berada di pentas membuat persembahan menghiburkan peminat yang hadir dan nyanyiannya ternyata mendapat sambutan hebat peminat dalam acara itu. 




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: