06 December 2022

ALAMI PATAH KAKI, LUTUT RETAK SELEPAS JATUH BILIK AIR - ENOT ANGGAP 'PENGENALAN' DI RUMAH BARU



Akibat terjatuh dalam bilik air di kediaman pada petang Isnin, pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 44, terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka selepas tidak boleh berjalan.


Jelas Enot, pada awalnya dia tidak merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang.

"Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut. Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans," katanya yang turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan kejadian tersebut, Enot memberitahu kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak. Bukan itu sahaja, pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.

"Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah.

"Selepas dirawat saya sendiri minta untuk balik rumah... lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan," tuturnya.

Memaklumkan sudah berpindah ke Melaka sejak beberapa minggu lalu untuk mencari angin baharu dalam perniagaan, Enot memberitahu meskipun tinggal di luar Kuala Lumpur, dia bagaimanapun tetap aktif dalam bidang seni dan sedia menerima tawaran berlakon sekiranya ada.

"Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best. Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon.

"Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur... bukan jatuh sangat. Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru," ujarnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: