06 December 2022

DIDAKWA BERSEKEDUDUKAN DENGAN DR CHE HAFIZ - INI JAWAB JULIA FARHANA



"Saya tidak tahu apa-apa tentang itu dan saya tak nak komen. Sebab saya rasa perkara itu adalah satu fitnah yang sangat besar dan saya tak nak perbesarkan isu tersebut. Saya rasa kalau ada.. keluarkan bukti. As simple as that!


"Saya rasa itu lumrah jadi seorang selebriti dan public figure. Kita nak simpan macam mana pun peribadi, kalau terkeluar kita terima dengan terbuka. That's a lot dififferent comments what happening. Saya terima saja sebab saya tahu kebenaran. Jadi saya pegang dengan pendirian saya.

"Apa yang orang katakan saya tak boleh nak hentikan. Saya tak boleh nak hentikan mereka buat andaian dan spekulasi sendiri. Mereka tak ada dalam perjalanan hidup saya. Jadi, untuk mereka yang di luar sana, kalau nak terus menyokong saya.. Alhamdulillah.

"Tetapi kalau mereka rasa macam ini buatkan Julia bukan lagi sesuai untuk jadi seorang pelakon dan public figure dalam industri pun saya terima," demikianlah jelas pelakon Julia Farhana berhubung dakwaan daripada individu yang menuduhnya bersekedudukan dengan pasangannya, Dr Che Muhammad Hafiz sebelum bernikah.

Klik untuk gambar besar



Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, banyak dugaan dilalui Julia Farhana serta bakal suaminya itu termasuklah isu sebelum ini dengan bekas isteri Dr Che Hafiz iaitu pelakon Lufya Omar.

Memetik Oh Bulan, Julia menegaskan dakwaan bersekedudukan adalah satu fitnah besar yang dilemparkan netizen. Dalam pada itu, Julia turut mencabar individu tersebut untuk menunjukkan bukti mengenai tuduhan tersebut.

Dalam pada itu, Julia berkata, dia berlapang dada dengan kontroversi melanda dirinya kerana baginya sudah menjadi asam garam bagi seorang selebriti dimana hal peribadi pasti akan diperkatakan.

Terdahulu, Julia mendedahkan dia dan Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun tidak didedahkan tarikh hari bahagia mereka.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: