06 December 2022

"TOLONG JAGA HATI ISTERI SAYA" - IZZUE ISLAM DEDAH ADA WANITA TAWAR NAK BERI ZURIAT, SANGGUP JADI ISTERI KEDUA



Semua maklum mengenai Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin yang sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki anak, meskipun sudah hampir sembilan tahun berkahwin.


Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi itu memaklumkan, dia akan menjalani rawatan IVF hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan disebabkan jadualnya sebagai artis sangat padat.

Menerusi satu temu bual bersama Melodi, ditanya mengenai rancangan untuk mengambil anak angkat, Izzue berkata, dia dan isteri masih ingin berusaha sendiri.

Klik untuk gambar besar



Lebih mengejutkan, Izzue turut berkongsikan kisah dimana ada wanita tidak dikenali yang berani tampil dihadapan mereka mencuba nasib untuk menjadi isteri kedua dan menawarkan untuk memberikan zuriat.

"Benda ni berlaku pertengahan tahun ini, saya dan isteri ada sekali dan ada seorang perempuan datang jumpa kami, ambil gambar dan borak-borak. Tiba tiba dia tanya isteri saya "you kalau you okay, I boleh jadi nombor dua", saya tergamam sebentar ingat salah bual ke apa ke. Jadi kami ingat bergurau tapi rupanya serius.

"Dia kata kalau betul saya mahukan zuriat, dia boleh jadi isteri kedua, dia boleh beri zuriat. Saya dan isteri terkedu. Kami tak tahu nak respon apa ketika itu. Dalam masa sama, ada juga yang mesej DM saya nak beri bayi mereka, tapi kami respon dengan meminta maaf sebab belum bersedia," ujarnya.



Tambah Izzue lagi, dia mengakui marah dengan tindakan individu tersebut yang tidak menjaga sensitiviti isterinya serta menyentuh isu privasi hal rumah tangganya.

"Saya tak pernah jumpa sebelum ini. Pertamanya, saya tak cam wajah dia tapi cara borak itu memang macam dah kenal lama. Cara dia tegur saya dan isteri sangat ramah. 

"Tapi bila dia cakap macam itu, saya marah sebenarnya. Saya tak nafikan, memang ada kesan. Tolong jaga hati isteri saya, awak perempuan, bertudung pula, tak manis seorang perempuan buat begitu pada isteri dan suami orang," katanya.




________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: